Trend mekap kali ini memang DIVA approved!
Solekan dari pilihan rona perang hingga kecoklatan, latte makeup kini menjadi sensasi di TikTok. Para selebriti juga terlihat embrace gaya solekan yang begitu minimalis, tapi tetap anggun.
Senang kata, trend latte makeup jadi fenonema kerana ia bersifat universal. Tidak kira apa jua warna kulit, tujuan bersolek atau konsep outfit. Latte makeup cocok untuk semua orang!

Diinspirasi dari warna kopi latte yang enak dan menyegarkan. Teknik makeup latte ialah menggunakan rona-rona coklat atau perang pada bahagian mata dan menghangatkan wajah dengan bronzer.
Tak kisah anda gaya mekap minimal, simple atau tebal sekalipun. Latte makeup amat mudah direalisasikan. Apatah lagi, rona palet pembayang mata coklat, neutral amat mudah didapati dan tentu ada sahaja dalam barisan palet.

Bagi yang mahu kekal basic latte makeup, hanya sambar sahaja berus dengan layangan bronzer. Lakukan sekitar atas dahi, tulang pipi dan leher. Ia mencetuskan anda terlihat glowing, mesra dan sihat.
Pada pendapat DIVA, gaya latte makeup juga boleh dijadikan sebagai everday makeup look. Ia mengekalkan sifat sederhana, monochromatic dan neutral. Jangan khuatir, anda boleh bermain dengan tekstur glitter dan shimmer. Tak semestinya perlu gaya matte semata-mata.

Bagi latte makeup yang lengkap, perlu disudahi dengan gincu rona neutral, coklat atau nude. Nah, jangan lupa pilih rona yang dekat dengan undertones anda tau.
Bagaimana? Tak sabar kan esok nak try latte makeup! Selamat mencuba loves sekalian 😉🫶🏼