Mungkin belum ramai lagi yang familiar dengan jenama Tory Burch. Yakni satu jenama high-end asal Amerika Syarikat. Biarpun dalam kategori mewah tapi kadar harga bagi setiap pakaian, beg tangan mahupun aksesori masih dalam kadar berpatutan.
Kalau boleh izin, DIVA dapat samakan Tory Burch seperti Coach yang menjual produk pada harga sekitar RM800 – RM5,000. Namun apa yang membezakan dua ini ialah dari segi rekaan dan aura. Tory Burch pada pendapat DIVA lebih menang dalam menjaga sifat eksklusif pada setiap rekaanya.

Jenama ini bangga dapat menggunakan kualiti kulit terbaik untuk hasil beg tangan. Tory Burch cukup terkenal dengan beg tangan yang tahan lasak, anti calar dan tahan lama. Bahkan setiap musim, Tory Burch sentiasa mengeluarkan koleksi dekat dengan jiwa kewanitaan atau feminin.

Buat anda yang pertama kali mahu window shopping Tory Burch. Mari DIVA siapkan satu outfit dari top hingga bottom, semuanya dari Tory Burch! Psssttt…tak sampai RM2,000 pun setiap barang.
#1 Cotton Tory Tunic [RM1750]
Tunic versatil yang boleh anda gayakan ketika bercuti, majlis kasual atau sekadar menyambut tetamu di rumah.

#2 Mid-Rise Cropped Jeans [RM1750]
Jeans yang diperbuat dari 100% kapas, lengkap bersama poket bahagian hadapan dan belakang. Ia sesuai digayakan bersama sepasang kasut tumit tinggi, kasut ballet atau sneakers.

#3 Mini Ella Bio Tote [RM1350]
Beg tangan masih menjadi kegilaan ramai! Ia dihasilkan dari buatan Itali dengan fabrik kulit inovatif dengan sifat tahan lasak, mewah dan tidak mudah luntur.

#4 Ines Platform Espadrille [RM1590]
Kenapa pilih kasut Tory Burch yang ini? Ia mudah digandingkan dengan apa jua outfit-mu! Permukaan dalam kasut juga cukup lembut selesa dan warna kod Tan yang cukup klasik.

#5 T Monogram Degrade Card Case [RM890]
Tak lengkap kalau tiada satu card case dari Tory Burch. Barulah dalam beg tangan tidak bersepah!

#6 Kira Pearl Layered Necklace [RM1190]
Nampak sahaja rantai ini, DIVA terus jatuh cinta! Juraian tiga rantai yang diperincikan logo Double T dan mutiara kaca. Sekaligus membuatkan anda terlihat anggun dari biasa.

Apa tak puas lagi? Anda boleh layari toryburch.my untuk melihat lebih banyak lagi koleksi terkini. Selamat membeli-belah!