Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Rutin Skincare Terbaik Untuk Musim Panas Di Malaysia, Simple Jer Tapi Kulit Berseri!

by Indah Aziz
July 23, 2023
Foto - GLAM Malaysia

Foto - GLAM Malaysia

35
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nampaknya cuaca panas di Malaysia akan berlarutan hingga penghujung bulan Ogos. Biarpun dibasahi hujan, namun bahang panas tetap dirasai. Ia boleh buat tubuh badan jadi lesu dan kondisi kulit terlihat tidak bermaya.

Suhu semasa sebenarnya mempunyai impak pada kesihatan dan kecantikan kulit. Terutamanya kulit wajah yang sensitif dengan kondisi suhu. Ia boleh mengubah keadaa kulit menjadi lebih berminyak atau kering. Jadi sangat penting untuk sentiasa waspada dengan keadaan suhu serta pengunaan produk yang tepat.

Tidak kira kulit berminyak, kering atau sensitif, ketika musim panas kulit memerlukan hidrasi yang cukup dan perlindungan dari sinaran matahari. Sebagai contoh, bagi mereka yang memiliki kulit berminyak akan jadi lebih berminyak. Ini kerana kulit mengeluarkan lebih banyak sebum pada permukaan kulit, alasan untuk mengawal dehidrasi.

Foto – Asian Beauty Essentials

Jadi mari sama-sama dengan DIVA, kita periksa rutin skincare yang tepat untuk cuaca panas kali ini;

1. Pembersih muka, formula hidrasi

Kenapa kena pilih formula pembersih muka hidrat? Ia mampu menyingkirkan kotoran pada kulit. Disamping itu masih menjaga natural oils supaya kulit tidak berasa kering atau merengsang selepas membersih.

  • Fresh Soy Face Cleanser 50ml [RM70]
Foto – EmTalks

2. Penyegar muka, formula hidrasi

Ramai yang menganggap penyegar atau toner hanya untuk membersih dalam pori-pori. Jangan lupa pemilihan toner yang kaya dengan hidrasi boleh membantu meliputi hidrasi secara mendalam dan tipis.

  • SK-II Facial Treatment Essence 75ml [RM325]
Foto – Byrdie

3. Serum, formula hidrasi

Mungkin ada yang rasa tidak perlu serum dalam rutin mereka. Namun percayalah serum dapat menambah hidrasi tanpa menyebabkan kulit rasa terbeban. Anda boleh pilih serum yang diformulasi dari hyluronic acid, niacinamide, ceramides, squalance atau aloe vera. Pasti kulit kamu akan gembira!

  • Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops 15ml [RM99] 
Foto – Glow Recipe

4. Pelembab, formula water-cream (gel)

Ketika musim panas, elakkan guna pelembab jenis krim. Tekstur yang terbaik ialah gel atau water-cream. Ia mudah meresap, tinggi hidrasi dan pori-pori tidak tersumbat.

  • Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Acis Cream Hydrating Moisturizer 20ml [RM102]
Foto – POPSUGAR

5. Krim pelindung matahari

Langkah terakhir ialah menyapu krim pelindung matahari. Jika boleh, pilih formula yang kalis peluh atau kalis air.

  • Supergoop! Every. Single. Face. Watery Lotion SPF50 50ml [RM156]
Foto – Pinterest

Sebenarnya rutin diatas adalam rutin skincare yang asas. Ia lebih terarah menjaga keseimbangan kelembapan kulit. Cuaca panas sekalipun, kulit tetap segar, berseri dan tidak mengalami masalah jerawat sebagainya.

Hidrasi adalah kunci yang paling tepat!

FILED UNDER kulit cuaca panasskincare musim panastips cuaca panastips kelembapan
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.