Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Teknik Blusher ‘Airbrushed’ Buat Tulang Pipi Menonjol Bak Barbie Doll!

by Indah Aziz
July 21, 2023
Foto - Allure

Foto - Allure

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Agak lama juga kita tidak disediakan dengan tips mekap yang terbaru. Tips yang boleh menaikkan seri tanpa perlu proses yang susah. Sekadar untuk menjadikan proses bersiap diri lebih menyeronokkan dan kreatif.

Dalam gelombang meraikan filem terbaru Barbie, muncul satu teknik melayang pemerah pipi yang disamakan seperti anak patung popular tersebut. Ia satu pantulan warna yang menaikkan seri wajah tanpa kelihatan berlebihan.

Trend terkini ialah layangan pemerah pipi umpama menggunakan semburan air. Ia menjanjikan hasil menyeluruh seakan warna kulit (semulajadi), tidak bergaris dan lembut.

Menariknya lagi, pemerah pipi ala ‘airbrushed’ ini mampu memberi efek ombre. No wonder, ia juga diberi jolokan pemerah pipi Barbie.

Foto – Byrdie

Teknik blusher ‘airbrushed’

Pastikan kamu mempunyai produk pemerah pipi dari tekstur cecair atau krim. Tidak ketinggalan pemerah pipi jenis powder untuk tahan lama.

Pilihan warna pula sebaiknya kamu ikut jenis tona kulit. Sebagai contoh, jika anda mempunyai warm undertones. Jadi pilih rona-rona blusher warma yang serasi. Ia membantu untuk keseluruhan solekan tampak lebih segar.

Cara aplikasi yang tepat ialah kamu boleh gunakan berus atau jari. Pastikan kamu warm up kan baki blusher pada tangan atau melepaskan lebihan produk pada berus. Teknik ini akan membantu anda mengawal warna pigmen produk. Supaya anda boleh build up warna sedikit demi sedikit atau tidak mahu kelihatan comot.

Foto – Refinery29

Mulakan pada tengah pipi (apple) kemudian layangkan berus terus bahagian atas. Bagi kesan ombre, tambah produk dibahagian tengah pipi. Bagi pemilik wajah bujur sirih, cukup sekadar layangan blusher sekitar tengah pipi

Manakala, bagi kamu wajah bentuk hati atau bulat. Blusher boleh dinaikkan sehingga tulang pipi paling tinggi.

Teknik begini tidak susah pun untuk dilaksanakan. Hasilnya wajah memang akan tampak segar, berseri dan ‘hidup’. DIVA juga yakin tanpa mekap berlebihan, gaya pemerah pipi begini sudah membuatkan kamu cantik semulajadi.

Foto – Into The Gloss

Mahu cuba tak?

FILED UNDER airbrush blushercontoh mekap barbie dollmekap ala barbieteknik mekap airbrush
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.