Jangan kamu tak kenal dengan sosok Mario Dedivanovic kalau kamu sentiasa mengikuti perkembangan hidup Kim Kardashian. Mario merupakan jurusolek profesional dan peribadi Kim Kardashian. Beliau kini telah menggauli dunia kecantikan dengan tampil jenama mekap sendiri iaitu MAKEUP BY MARIO.
Mario Dedivanovic antara raja mekap yang menjadikan solekan neutral, warm dan contour sebagai signifikan pada wajah Kim K. Tak boleh kita abaikan air tangan Mario sentiasa menjadi rujukan mereka yang bertatih untuk menghasilkan mekap soft glamour.

Lelaki tampan berusia 39 tahun ini juga bukanlah sekadar menyolek para selebriti atau individu A-list. Beliau juga dikatakan masih boleh dihubungi untuk mendapatkan khidmat solekan dan kecantikan untuk pelbagai acara.
Menariknya kali ini, suatu perkongsian dari pencipta kandungan gaya hidup, Sarah Khan membongkar harga servis mekap Mario.

Pada tahun 2017, Sarah ingin mencuba suatu kelainan pada hari bersejarahnya. Wanita ini kononnya mahu sanggup berhabis untuk solekan pengantin dari jurusolek profesional. Jadi dia buat keputusan untuk bertanyakan harga pakej dari Mario Dedivanovic.
Setelah mendapat balasan emel, terkejut kepalang Sarah apabila mendapat servis harian bermula $30,000 yakni kini bersamaan RM136,080!
Namun Sarah tidak gopoh untuk membuat pelbagai andaian buruk. Ternyata wujud alasan Mario mengambil harga yang besar. Kemungkinan Mario perlu membayar pelbagai tanggungan seperti pengangkutan, penginapan dan membayar gaji pembantunya. Apatah lagi dengan status yang dibawa sebagai MUA berprestij.

Menurut kemaskini dari HypeBae, Mario Dedavanovic kini menawarkan servis solekan pada harga skitar $60,000. Wah! Nampaknya sudah naik dua kali ganda dari enam tahun lepas.
Apa pendapat kamu tentang harga mekap Marop Dedivanovic. Kalau jadi jutawan sekalipun, adakah kamu sanggup untuk ambil?