Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi 9 Kolaborasi Barbie Serba Pink & Glamor Yang Patut Kamu Cuba!

by Soph.Azz
July 12, 2023
20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Teruja dan tak sabarnya nak tonton filem Barbie minggu hadapan!

Buat yang terlepas pandang, filem Barbie akan ditayangkan secara rasminya di seluruh negara bermula 20 Julai 2023. Bersempena dengan itu, apa kata kamu ikuti trend Barbiecore yang tengah hype ketika ini!

DIVA syorkan untuk kamu cuba dan bertukar menjadi “Barbie” seperti yang kamu idamkan selama ini. Cover diri dengan item serba pink dan glamor menerusi kolaborasi jenama kecantikan serta fesyen pilihan DIVA yang berikut;

Sebagai permulaan, prep wajah dengan…

Untuk mencapai keyakinan seperti Barbie, DIVA syorkan kamu mulakannya dengan prep wajah dengan menggunakan produk kecantikan daripada:

  • Estée Lauder Nutritious Melting Soft Crème/Mask [RM190]
Foto – Estee Lauder

Selain memberi penghidratan selama 24 jam, krim yang diresapi dengan Complex Nutri-9 ini berupaya untuk kecilkan pori terbuka, kulit berminyak dan tanda merah sambil menguatkan skin barrier. Kamu boleh guna krim ini setiap hari atau sebagai leave-on mask mingguan.

  • Paula’s Choice Pro-Collagen Multi-Peptide Booster [RM279] 
Foto – Paula’s Choice

Bertekstur gel lembut dan ringan, serum terbukti secara klinikal mampu menganjalkan, menggebukan dan mengurangkan kedutan dalam masa 4 minggu. Yang best tentang serum ini, ia mengandungi teknologi peptida yang dapat menyokong pengeluaran kolagen dan elastin.

  • Sigi Skin Dew Potion Essence Mist [RM158]
Foto – Sigi Skin

Mist yang mengandungi formula menyegarkan dan menghidratkan ini membawa kelembapan pada kulit dengan penggunaan Aqua 3G. Mist ini juga mempunyai sifat menangkan dan menyembuhkan di mana ia bagus untuk kulit yang berjerawat.

Kemudian, cipta solekan ala Barbie menggunakan…

Selepas selesai prep wajah dengan menggunakan produk skincare yang terbaik, mulakan misi kamu mencipta solekan ala-ala Barbie menggunakan beberapa produk ini:

  • Pat McGrath Labs Mothership X Moonlit Seduction Eyeshadow Palette [RM580]

Foto – Pat McGrath Labs

Mengandungi 10 warna yang hangat, eyeshadow palette ini sesuai jika kamu ingin mencipta solekan smokey mattes, alluring astrals, molten metallics hingga ke sextatic duochrome.

  • Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush in Happy [RM118]

Foto – Rare Beauty
BACA:  #DIVAKongsi 4 Wangian Yang Boleh Bangkitkan Mood Kamu & Cintai Diri Sendiri

Tersedia dalam kemasan matte dan dewy, liquid blush yang berpigmen ini boleh kekal sepanjang hari tanpa mengganggu setiap lapisan solekan sedia ada.

  • Hourglass Unlocked Satin Creme Lipstick in Reef [RM195]

Foto – Hourglass

Dalam satu sapuan saja kamu akan mendapat kemasan satin yang mewah di bibir. Yang best tentang gincu ini, ia diselitkan dengan Mango Seed Butter, Avocado Oil dan Argan Oil yang diformulasi khas untuk membuatkan bibir jadi lembut, licin dan selesa sepanjang hari.

  • Rose Hermès Silky Blush in 35 Rose Doré [RM126]
Foto – Hermes

Powder blush yang mempunyai kemasan halus dan berkilauan ini adalah blush yang terbaik. Ini kerana apabila kamu sapu pada kulit, ia menjadi lancar tanpa meninggalkan sisa serbuk. Psst… Powder blush ini ditempatkan dalam sarung ultra nipis dan dilengkapi dengan cermin tau!

Bergaya dengan pakaian daripada…

Tak lengkap penampilan Barbie kamu jika tidak menggayakan beberapa pakaian yang menonjolkan identitinya seperti:

  • Barbie™ X Cotton On
Foto – Cotton On

Kerjasama dengan Mattel inc. Cotton On membawakan 20 variasi pakaian di Cotton On Women & Rubi. Temui cetakan Barbie™ pada beberapa siluet termasuk graphic fleece hoodies, tees dan tanks.

Jangan lupa untuk semburkan pewangi unik ini

Akhir sekali, penampilan Barbie kamu perlu dilengkapkan dengan semburan elegan, glamor dan unik daripada:

  • Paco Rabanne Olympéa Flora Eau De Parfum [RM609/80ml]
Foto – Rabanne

Wangian campuran ros merah jambu yang garang, blackcurrent manis, bunga peony segar menjadikan Olympéa Flora Eau De Parfum Intense pewangi mewah yang meraikan kewanitaan dan keindahan. Kalau nak bayangkan bau wangian ini, kamu boleh bayangkan berada di taman bunga ros yang sedang mekar dan peonies.

Selamat mencuba!

FILED UNDER barbiebarbie x cotton onbarbiecoreestee lauderhermeshourglasspaco rabannepaula's choicerare beauty
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.