Beg tangan kecil dan comel sentiasa menjadi perhatian bukan? Padahal bukan banyak barang pun boleh disimpan, tetapi kelebihan dalam bentuk rekaan yang genit menjadikan ia satu aksesori yang lazim.
Bahkan beg tangan kecil ini menaikkan lagi personaliti outfit yang kamu sedang gayakan. Kalau keluar tanpa beg tangan rasa tak lengkap lah pula. Jadi beg tangan mini, kecil, genit atau sebesar tapak tangan pun dibawa supaya rasa tidak kosong.

Ramai juga yang mengumpul pelbagai rekaan beg tangan mini dari pembaca DIVA ini. Kali ini DIVA cadangkan kepada kamu koleksi beg tangan bersaiz comel dari jenama tempatan sahaja. Sometime By Asian Designers sudah terbukti dengan kualiti beg dari buatan tangan dan ilham rekaan yang bercirikan keperluan serta keselesaan.

Apa yang DIVA suka tentang beg Sometime, ia sentiasa menterjemahkan konsep minimalis dan dan daya kreativiti sang pereka. Kualiti yang dibawa pula cukup premium menjadikan beg sebuah gaya yang timeless tahan lama.
#1 Nicola Micro Bag [RM179]
Beg paling comel! Ia antara koleksi yang direka khas oleh Ketua Produk Sometime iaitu Nicole W. Sekecil tapak tangan pun ia masih boleh menyimpan earbud, duit syiling dan gula-gula!

#2 Eslona Mini Crossbody Bag [RM89]
Nak pergi berkelah, ke pasar atau sekadar aktivit kasual bersama kasual. Boleh lah jinjit beg dari koleksi Eslona ini. Ia diperbuat dari coated canvas yang tahan lasak dan tahan air.

#3 Monty Love Bag [RM189]
How to say I love you? Pakai sahaja beg comel dari koleksi Monty ini! Beg ini boleh digayakan sebagai crossbody atau sekadar dijinjit tangan. Ruang penyimpanan juga puas hati bersama poket khas.

#4 Monty Oval Bag [RM189]
Sekali tengok macam dumpling pula! Kalau anda mahu beg tangan yang kecil tapi direka panjang, boleh dapatkan Monty Oval Bag. Senang untuk anda simpan kaca mata hitam, dompet panjang, telefon pintar dan chopstick. Eh?!

#5 Monty Square Bag [RM189]
Tak terlalu comel, tak terlalu serius reka beg yang ini. Cukup sesuai untuk digayakan untuk menghadiri majlis kasual, bisnes dan sebagainya. Malah rekaan petak begini mudah untuk menyimpan buku nota, kindle atau barang solekan.

Ingin lihat lebih banyak lagi koleksi beg tangan Sometime By Asian Designers. Terus layari https://www.sometime.asia/ untuk mencuci mata. Selamat membeli-belah!