Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review Teknologi

Minimalis, Mudah Akses & Selesa, Keyboard Logitech K380 Paling Best Guna Bila WFH

by Indah Aziz
July 11, 2023
Foto - Logitech

Foto - Logitech

9
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

DIVA yakin sejak dunia melanda pandemik Covid-19 sudah semakin ramai yang mengubah cara hidup. Jika dahulu rutin ke pejabat menjadi suatu perkara yang sangat mustahak, kini bermacam kerja boleh disiapkan hanya dari rumah. Pengunaan istilah ‘work from home’ atau ‘remote work’ sudah semakin sinonim.

Nampaknya ada juga hikmah keterlibatan pandemik yang meragut ramai nyawa dan melewatkan perkembangan ekonomi. Sekurangnya hikmah yang terbaik dalam pandemik ini ialah semakin ramai menghargai masa bersama keluarga dan belajar untuk hidup dalam kesederhanaan.

Bagi anda yang baru bermula bekerja dari rumah, sudah tentu memerlukan satu ruang khas untuk pejabat kecil. Bahkan perkakasan bekerja turut disiapkan dengan baik, supaya tidak menjadi alasan kerja anda tertangguh. Antara alat bekerja yang paling penting masa kini ialah satu papan kekunci atau keyboard.

Foto – The New York Times

Jenama Logitech antara pioneer dalam menghasilkan pelbagai rekaan dan ciri keyboard. Salah satu produk terbaik dari Logitech ialah K380 Wireless Multi-Device Keyboard. Kalau lihat dari jauh pun ia sebuah keyboard yang cantik dan direka dengan estetika minimalis.

Apa yang menjadikan keyboard ini menarik ialah anda boleh menggunakan pada tiga peranti yang berasingan. Pasangkan sahaja tetapan samada pada komputer, telefon pintar, televisyen atau tablet kesayangan anda. Reka bentuk K380 langsing, ringan dan mudah disimpan untuk dibawa kemana sahaja. Bahkan bahagian yang sedikit meninggi memberi keselesaan untuk menaip tanpa henti.

Foto – Pinterest

Bunyi ketukan pada butang huruf dan tetapan seamless didengar. Malah jari terasa sentuhan yang lembut dan anda tidak perlu tekan kuat sehingga rosak! Rekaan butang yang bulat dan bujur seolah memahami keadaan bentuk jari. Ia sungguh selesa sehingga tidak menyebabkan hujung jari terasa pedih.

Tiada lagi masalah leceh untuk mengecas kerana K380 menggunakan bateri alkaline AAA yang mampu bertahan sehingga dua tahun. Jadi tiada lagi mengambil masa untuk mengecas atau keyboard terpadam akibat terlupa cas.

Foto – A-Power Computer

Pilihan warna keyboard minimal dengan lima warna pastel dan lembut yang boleh disesuaikan dengan set komputer atau personaliti anda. Harga jualan cukup berpatutan dengan hanya RM161!

Nak dapatkan satu untuk mini pejabat anda? Layari https://shopee.com.my/Logitech untuk melihat produk ini.

FILED UNDER keyboard logitech k380logitech malaysiareview logitech k380
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.