Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ini Bukti Caudalie Beauty Elixir, Semburan Luar Biasa Untuk Kulit Wajah!

by Indah Aziz
July 10, 2023
Foto - iledeabeaute.ru

Foto - iledeabeaute.ru

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada satu semburan magis yang DIVA rasa belum perkenal lagi kepada pembaca setia kami! Caudalie Beauty Elixir ialah setting spray pelbagai fungsi yang memberi manfaat terbaik pada kulit wajah.

Ia antara produk best-selling dari jenama kecantikan asal Perancis ini. Kandungan formula terbaharu membuatkan ia produk wajib ada untuk semua wanita yang inginkan kulit bercahaya selepas bersolek.

Apa yang bagus tentang Caudalie Beauty Elixir?

Olahan formula terbaharu Caudalie kali ini bukan sahaja untuk semburan yang boleh melembabkan wajah. Gabungan pelbagai minyak pati dan herba semulajadi bagi memastikan kulit wajah tampil sihat berseri dan mengetatkan pori-pori kulit.

Foto – Sephora MY

Apa yang lebih menarik, semburan Beauty Elixir boleh digunakan untuk semua jenis masalah kulit. Malah, ia juga sesuai dari usia 20 tahun hingga kulit matang, 50 tahun dan keatas. Cecair yang cepat meresap kedalam kulit ini juga boleh dijadikan sebagai penyegar wajah. Ramai yang tidak tinggal Caudalie Beauty Elixir ketika melancong. Malah ada yang simpan satu botol di pejabat untuk kesegaran wajah.

Jika anda gunakan Beauty Elixir sebagai rutin melembab sebelum bersolek. Ternyata hasil solekan lebih kemas, flawless dan memastikan solekan tahan lebih lama.

Foto – Sephora MY

Wangian yang terdapat dalam Caudalie Beauty Elixir tidak menyengat hidung. Ini kerana ia 100% dari bahan semulajadi yang menyegarkan seperti rosemary, mawar dan daun pudina.

Cara guna Caudalie Beauty Elixir

Mudah sahaja? Anda perlu pastikan goncang dahulu botol, supaya dapat memastikan segala kebaikan adun dengan baik. Kemudian sembur pada keseluruhan wajah dan biar cecair meresap sekejap kedalam kulit. Tips best dari DIVA, anda boleh simpan Beauty Elixir didalam peti sejuk untuk sensasi kesegaran semasa semburan.

Foto – Escentual

Caudalie Beauty Elixir memang produk Caudalie wajib cuba untuk pencinta skincare! 

Anda boleh dapatkan produk magis Beauty Elixir di kaunter Caudalie yang terdapat di cawangan Sephora seluruh Malaysia. Selain itu, anda boleh buat pembelian dalam talian melalui Sephora Malaysia atau Official Shopee Store Caudalie Malaysia.

FILED UNDER caudalie beauty elixircaudalie malaysiakelebihan beauty elixir
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.