Mungkin ada yang tahu atau belum?
Jam tangan terbaru LV iaitu Tambour Horizon Lights Up tahun lalu mendapat tempat dengan kecanggihan paparan digital yang mudah alih. Kini koleksi Tambour tampil dengan kualiti besi tahan lasak.
Jam tangan Louis Vuitton Tambour telah diperkenal sejak tahun 2002 dan tanpa sedari ia telah berada di pasaran sejak 21 tahun. Melalui pelbagai fasa perkembangan rekaan dan teknologi, kini Louis Vuitton hadirkan koleksi Tambour Steel.

Jika lihat dari mata kasar ia seperti jam tangan besi yang lain, namun LV bijak mengetengahkan aura chic dan sporty dalam rekaan Tambour Steel.
Malah jam ini sesuai untuk kaum lelaki dan wanita, definisi sofistikated dan versatil jelas terpancar pada paparan muka jam.

Saiz 40mm dengan ketebalan 8.3mm tetap memberi kelangsingan pada kepala jam. Selain itu, ia tidak direka rata bagi memastikan melekap baik pada tangan.
Tidak ketinggalan monogram LV yang menghiasi tombol jam serta di paparan muka jam. Tidak berlebihan, hanya sekadar mencipta aura elegan. Anda boleh memilih dari dua warna muka iaitu biru dan silver.

Setiap jam dijual pada harga RM83,500 dan anda boleh layari https://louisvuitton.com/tambour untuk pembelian serta maklumat lanjut tentang koleksi LV Tambour Steel.