Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

“Patah Hati Kerana…”- Ini Sebabnya Kenapa Puteri Diana Tolak Pakai Chanel Ketika Hidup!

by Soph.Azz
July 5, 2023
Foto - Preview.ph

Foto - Preview.ph

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sentiasa mengenakan pakaian jenama mahal; mungkin di antara kita tidak menyangkakan atau tak tak tahu yang Puteri Diana pernah menolak satu jenama fesyen mewah. Semuanya disebabkan oleh kisah percintaannya dengan Raja Charles III.

Dipetik daripada She Knows, sebelum ini Puteri Diana pernah mengenakan pakaian daripada jenama Chanel. Tetapi selepas ada berita mengenai hubungan sulit Raja Charles III dan Camilla Parker Bowles; Puteri Diana tidak mahu mengenakan pakaian jenama itu.

Puteri Diana pernag memakai beberapa helai pakaian Chanel pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an tetapi selepas itu tidak lagi kerana logo Chanel.

Tolak Kerana Logo “C” Dalam Chanel

Untuk pengetahuan kamu, penolakan Puteri Diana ini disebabkan oleh logo Chanel yang terdiri daripada dua huruf “C” yang berkait. Dan menurut sumber, logo itu mengingatkan Diana pada huruf awal bagi Charles dan Camilla.

Foto – Pinterest

Bukan itu sahaja, sebelum ini pereka Jayson Brundson pernah berkongsi cerita mengenai Puteri Diana. Di mana ketika itu dia memberikan kasut Chanel untuk dipadankan dengan pakaian Versace, tetapi ditolaknya.

“Saya menjumpai sepasang kasut Chanel dan berkata padanya yang kasut ini sesuai dipadankan bersama pakaian Versace. Tetapi Puteri Diana menolak dan apabila saya tanya, dia mendedahkan yang dia tidak boleh mengenakan logo “C” berganda kerana ia merujuk kepada Charles dan Camilla.”

Foto – Pinterest

Sekadar info, Puteri Diana dan Raja Charles III telah berkahwin dari tahun 1981 sehingga 1996. Ketika tempoh perkahwinan mereka, Raja Charles III telah disahkan menjalani hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles.

BACA:  Ikonik! OOTD G-Dragon Di Chanel Cruise 2022/2023 Show
FILED UNDER camilla parker bowleschanelking charles iiiprince charles dan camilla parker bowlesprincess dianaputeri diana
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.