Konsep rekaan dalaman rumah yang minimalis sudah menjadi perkara lazim. Ramai beralih arah dalam merias rumah secara bersederhana dan mengikut keperluan harian. Hasilnya ia menjadikan rumah ialah hak milik untuk berehat, menghabiskan masa dengan keluarga dan melapangkan minda tanpa perlu berbelanja lebih.
Jenama MUJI banyak membantu dalam mengilhamkan rekaan minimalis bukan sahaja untuk pakaian. Malah pilihan untuk mengemaskini ruang rumah. Bersesuaian dengan konsep no brand, simple dan cozy MUJI sentiasa hadir dengan pelbagai rekaan minimalis aksesori untuk kediaman. Samada untuk ruang tamu, bilik tidur, dapur mahupun bilik mandi.

Kini, anda boleh dapatkan pelbagai produk MUJI melalui belian atas talian di Shopee. DIVA terkejut melihat kebanyakan produk MUJI di butik semua ada disini. Jadi tak susahlah selepas ini mahu melengkapkan stail Muji untuk rumah.
Antara aksesori MUJI, wajib untuk anda dapatkan ialah;
- MUJI Rattan Box with Handle [RM59]

- MUJI Storage Item 4 Drawers [RM209]

- MUJI Legless Chair Set L With Cover [RM379]

- MUJI Bonnell Coil Mattress With Legs [RM799]

Jatuh cinta tak dengan semua produk diatas? Jadi cepat-cepat add to cart dan jangan lupa check out!