Masalah kulit kering, kegatalan dan pedih akibat pelbagai faktor antara cuaca panas atau risiko dari jangkitan kuman. Sudah tentu ia memerlukan rawatan yang berkala dari bahan-bahan yang menenangkan kulit.
Malah apa yang paling penting ia perlu sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi. Senang kata, biar ia satu krim yang betul-betul selamat!
DIVA ingin perkenalkan pada anda satu krim mujarab yang terbukti berkesan, selamat dan sesuai untuk masalah kulit yang anda dan keluarga sedang hadapi.

Eucerin Aquaphor Soothing Skin Balm secara klinikal terbukti mampu merawat, melindungi dan melegakan kulit yang kering, merekah dan kulit yang mengalami iritasi. Ia juga secara tidak langsung menolong membaiki semula proses pertumbuhan sel kulit yang baharu lebih cepat.
Formula krim yang bebas air ini memberi penjagaan pantas yang diperlukan kulit yang sangat kering. Ia melindungi lembut dan separa oklusif keatas kulit yakni memindahkan wap air dan oksigen secara semulajadi. Supaya kulit boleh bernafas walaupun disapu dengan krim.
Gabungan Glycerin dan Panthenol memegang air untuk mengekalkan didalam kulit. Malah fungsi Panthenol mempercepatkan penjaan semula dan membaik pulih kulit semasa proses pelembapan.

Selain itu, ia boleh digunakan kawasan kulit yang bermasalah seperti lutut, siku, kutikel jari dan tumit kaki. Usah khuatir buat anda yang berkulit sensitif dan masalah ruam bayi juga boleh disapu dengan Eucerin Aquaphor Soothing Skin Balm.
Pun begitu, anda dinasihatkan untuk tidak menyapu krim ini pada luka terbuka, basah atau berdarah. Sebaiknya ia lebih sesuai untuk kulit yang telah pulih sedikit iaitu kulit yang memiliki tanda-tanda baru sel kulit terbentuk.
Wajib ada satu Eucerin Aquaphor Soothing Skin Balm dirumah anda! Dapatkan di farmasi berdekatan atau layari https://www.eucerin.my.