Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ini Best Buy Produk Mekap Dari Beautyra, Approved Dari Gadis Gen-Z!

by Indah Aziz
July 2, 2023
Foto - Twitter @beautyra

Foto - Twitter @beautyra

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama Beautyra cukup dikenali dikalangan gadis Gen Z tempatan. Ini kerana ia antara produk mekap yang mengeluarkan pilihan produk sesuai dengan rona kulit Asia Tenggara terutamanya dan kadar harga yang cukup berpatutan. Malah packaging dan koleksi yang dikeluarkan juga sangat dengan hati sang gadis secara lahirian sukakan sesuatu yang cantik dan comel.

Pengasasnya, Tyra Kamaruzzaman juga aktif dalam setiap aktiviti pemasaran dan sangat mesra bersama peminat Beautyra. Dia antara wanita muda yang DIVA lihat berjaya memegang tampuk industri kecantikan tempatan. Bayangkan Beautyra pernah pecah rekod habis jualan pemerah pipi koleksi Born To Blush dalam masa empat minit sahaja!

Foto – Sun Daily

Jadi buat anda yang baru mengenali Beautyra, inilah masanya untuk mencuba beberapa best buy products dari Beautyra. DIVA akan berkongsi produk yang mendapat jualan tertinggi di laman Shopee Beautyra. Dua produk yang biasa menjadi kegilaan gadis Gen Z ialah lipstik dan pemerah pipi. Jom cuba!

#1 Meow Meow Collection Lip Kit – Frisky [RM50]

Lip kit comel dengan tiga pelengkap untuk merias bibir iaitu lip plumper, lip liner dan lip matte. Koleksi ini hadir dengan kotak khas untuk memudahkan anda bawa kemana sahaja lip kit ini. Finishing lip matte yang kemas dan tidak mengeringkan. Manakala lip plumper boleh sangat membantu menaikkan bentuk bibir tanpa rasa pedih melampau. Dari semakan DIVA hanya tinggal kod Frisky sahaja iaitu rona kecoklatan. Dua rona lain sudah sold out, baik grab sekarang!

Foto – Shopee Beautyra

#2 Mariposa Collection – Grace [RM50]

Antara tiga warna lipstik dari Mariposa Collection, ternyata rona kod Grace jadi pilihan ramai dengan jualan sebanyak dua ribu lebih! Rona coklat pekat dengan finishing matte lembut sangat sesuai untuk semua tona kulit terutamanya sawo matang. Lebih menarik bahagian lipstik dirias dengan ukiran bunga-bungaan dan rama-rama. Siapa tak suka kan?

Foto – Shopee Beautyra

#3 Disney Princess Blusher – Heart of Te Fiti [RM45]

Pemerah pipi dari Beautyra merupakan kekuatan jenama ini dan tidak disangkal lagi koleksi pemerah pipi Disney Princess turut laku keras. Rona Heart of Te Fiti dengan gambaran Moana sebagai ilham blusher ini. Ia rona coral-orangey yang pigmented untuk mereka yang tona kulit warm atau medium sebenarnya. Namun ia masih boleh digunakan bagi semua jenis rona kulit dengan tekstur mudah build-up.

Foto – Shopee Beautyra

#4 The Baddie Collection 2.0 – Devi [RM40]

Koleksi yang mendapat perhatian di media sosial, katanya koleksi lipstik yang paling ditunggu-tunggu peminat Beautyra. Rona Devi yang seakan pink mauve sebenarnya sudah sold out di laman Shopee, tapi anda boleh dapatkan di laman rasmi Beautyra. Lipstik The Baddie Collection menampilkan finishing matte yang pigmented, tahan lama dan meliputi baik pada seluruh bibir.

Foto – Shopee Beautyra

Ingin tahu lebih banyak produk Beautyra, anda boleh layari https://shop.beautyra.com/ atau Beautyra Official Shopee Store. Selamat bersolek!

FILED UNDER beautyra malaysiabeautyra viralblusher beautyralipstik beautyrareview beautyra
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.