Cuaca mungkin penyebab latihan larian anda boleh terjejas. Hari panas atau hujan boleh membuatkan rutin larian tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Apatah lagi cuaca di Malaysia yang tidak menentu suhunya, jika panas sekalipun boleh menyebabkan risiko strok haba.
Penyelesaian yang terbaik untuk kamu si pelari tegar ialah mendapatkan sebuah treadmill. Mesin larian yang bukan sahaja memberi manfaat pada latihan larian, malah pelbagai lagi aspek regangan senaman. Jadi membeli treadmill adalah pelaburan yang tepat dan bijak.
Ciri-ciri terbaik sebuah treadmill yang perlu anda pastikan ialah; mempunyai banyak pilihan menu program, ciri keselamatan, tahap kelajuan, kestabilan, saiz yang sesuai untuk bentuk larian anda dan banyak lagi. Jangan lupa treadill yang boleh dipasang muzik juga antara yang terbaik!
DIVA cuba hadirkan beberapa jenama dan model treadmill terbaik untuk anda. Sekurangya ia dapat membantu untuk kecilkan senarai kamu untuk membeli treadmill pilihan hati;
#1 Gintell SmarTrek Plus Treadmill [link]
Ia mempunyai 40 pre-program dengan 20 set latihan intervals, malah anda juga boleh set sendiri program mengikut kesesuaian diri. Menariknya lagi, treadmill ini mudah lipat, berat sekadar 60 kg dan didatangi dengan teknologi kusyen yang mengurangkan risko hentakan sendi.

#2 DOMYOS Extra Comfortable Smart Treadmill W900 [link]
Sebenarnya treadmill dari Domyos ini sesuai untuk begginer atau mereka yang sekadar baru mencuba walking. Ketebalan lantai treadmill dengan konsep ‘Comfort Walk’ dapat mengimbangi langkah ketika bersenam. Malah treadmill lebih senyap walaupun dalam kelajuan yang tinggi

#3 Fitness Concept FC Perfomance Runner Treadmill [link]
Mencari treadmill kurang impak pada lutut dan sendi? Treadmill dari FC ini antara yang terbaik dengan kelebihan papan treadmill yang lembut, tahan lasak dan pilihan hingga 20 tingkat kecenderungan. Malah ruang larian juga lebih lebar untuk keselesaan dan rasa selamat.

#4 Runtech Sprint CT6 Curvemill [link]
Bentuk melekung dari rekaan Runtecg ini membantu memberi larian yang lebih aktif dan efektif membakar kalori. Ia juga boleh jalan, larian malah larian pecut.

Bagaimana, ada tak yang anda rasa bersesuaian dengan latihan larian anda? Kalau dah berkenan tu jangan lupa sediakan ruang khas untuk letakkan treadmill dirumah.
Happy running!