Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Ezra Santos Reka Gaun Pengantin Sheikha Mahra Penuh Swarovski, Siap 9 Hari Sahaja!

by Soph.Azz
June 26, 2023
Foto - Emirates Woman

Foto - Emirates Woman

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun pasangan Sheikha Mahra dan Sheikh Mana berkahwin pada Mei lepas; DIVA rasa macam tak lengkap jika tak berkongsi dengan kamu tentang gaun pengantinnya!

Sekadar info, Sheikh Mahra adalah anak kepada Mohammed bin Rashid Al-Maktoum iaitu Naib Presiden dan Pemerintah Dubai. Puteri Dubai ini telah berkahwin dengan Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al-Maktoum.

Pada hari istimewanya, pengantin perempuan iaitu Sheikha Mahra telah mengenakan gaun bersulam indah hasil rekaan label Ezra Couture yang berpangkalan di UAE. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, Ezra Santos iaitu pereka Filipina dikenali sebagai pakar pereka busana pengantin.

Ezra Santos Ada 9 Hari Untuk Siapkan Gaun Pengantin!

Dedah Ezra, Sheikha Mahra dan pasukan perekanya memberitahunya tentang berita itu beberapa hari sebelum perkahwinan berlangsung. Ezra mengatakan Sheikha Mahra mahukan gaun pengantin bertemakan Grecian, iaitu sesuatu yang ringkas, mewah dan eksklusif dengan hint budayanya.

View this post on Instagram

A post shared by M1 (@hhshmahra)

“Gaun itu perlu disiapkan dalam masa 9 hari. Tetapi Sheikha Mahra ialah seorang individu yang merendah diri dan banyak bertolak ansur untuk membuatkan proses ini menjadi lebih mudah.”

Untuk menyiapkan gaun pengantinnya, Ezra dan pasukannya sebanyak 50 orang termasuk penyulam; tukang jahit dan beaders bekerja lebih masa untuk menjadikan visi Sheikha Mahra menjadi kenyataan.

View this post on Instagram

A post shared by EZRA COUTURE DUBAI (@ezracouture)

Mencuri perhatian dengan gaun pengantin yang diserlahkan dengan sulaman geometri itu menampilkan beribu-ribu kristal Swarovski; yang dilengkapkan dengan cape sepanjang 3m dan veil labuh.

View this post on Instagram

A post shared by EZRA COUTURE DUBAI (@ezracouture)

Manakala bahagian kepalanya pula, Sheikha Mahra menggayakan gaya rambut yang longgar; dilengkapkan dengan barang kemas berlian dan jam tangan berlian daripada Chopard.

Mewah dan glamor kan busana pengantinnya?

FILED UNDER ezra santosmohammed bin rashid al-maktoumsheikh mana bin mohammedsheikha mahra
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.