Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Maybe Bukan Lagi Biasa-Biasa! 3 Produk Terhangat Kini Maybelline Kamu Wajib Grab

by Indah Aziz
June 26, 2023
Foto - Boots

Foto - Boots

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebut sahaja Maybelline pasti sudah banyak kenangan dan pengalaman dengan jenama gergasi kecantikan itu. Ia antara jenama solekan dengan harga berpatutan yang kian gah. Ada sahaja cetusan produk dan formula yang menarik minat dan mengikut trend kecantikan semasa.

Malah produk-produk Maybelline juga digunakan oleh jurusolek professional. Jadi ia bukan lagi child makeup tapi digunakan sebagai solekan yang kemas dan professional. Nah, DIVA yakin pasti diantara anda agak ketinggalan dalam mengikuti trend mekap dari Maybelline.

Jadi, DIVA lancarkan tiga produk Maybelline yang kian hangat, trendy dan digilai ramai. Tiga produk ini antara yang paling hype di media sosial terutamnya di TikTok.

#1 Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick [RM51.90]

Dimana-mana sahaja pasti ada yang beri rekomendasi untuk mencuba lipstik terbaru Maybelline Vinyl Ink ini. Ia antara formula terbaru yang mencipta kilatan glossy tahan sehingga 16 jam! Malah ia tidak mudah comot, warna pekat dan tidak mengering bibir. Terdapat lebih dari 10 warna pilihan untuk anda serlahkan seri wajah.

Foto – Beauty Journal

 

#2 Maybelline Sky High Waterproof Mascara [RM46.50]

Meletup ya maskara ini semasa pelancaran dengan packaging yang baharu! Jualan di Shopee sahaja mencecah 8 ribu maskara. Ia maskara yang bukan sahaja melebatkan bulu mata tapi melentik serta memanjangkan lagi saiz bulu mata anda. Formula dari ekstrak buluh pula membantu mengelak dari maskara bergumpal dan bulu mata anda terlihat semulajadi.

Foto – Allure

#3 Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation SPF 22 18ml [RM39.90]

Pasti semua tahu tentang foundation Fit Me Matte ini bukan? Tapi tahu tak ia sekarang dalam bentuk tiub yang mudah dibawa ketika travel. Apa yang paling DIVA suka ialah formulanya yang sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak menyumbatkan pori-pori. Jadi memang patutlah foundation menjadi pilihan ramai, apatah lagi tona yang disediakan sesuai untuk warna kulit wanita Malaysia.

BACA:  Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya
Foto – Perfecto

Sudah add to cart belum? Kalau dah cuba ketiga-tiganya tag DIVA di Instagram @divadotmy. Selamat mencuba!

FILED UNDER Maskara Maybellinemaybelline 2023maybelline malaysiamaybelline vinyl
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.