Trend menghidupkan wangian dalam kediaman sudah menjadi rutin harian. Ramai mula memahami manfaat wangian yang dapat menenangkan dan mententeramkan. Sekurangnya bila meditasi atau sekadar membaca buku anda akan jadi lebih fokus serta mendamaikan minda.
Wangian rumah yang jadi pilihan DIVA kali ini ialah dari jenama kecantikan terulung dari Australia, Aesop. Buat anda yang baru mengenali nama Aesop. Ia sebuah jenama penjagaan kulit dan kecantikan yang memfokuskan formula vegan yang diambil dari minyak pati atau ekstrak tumbuh-tumbuhan. Menariknya lagi, produk-produk Aesop hanya dihantar dari tempat pembuatannya di Melbourne.

Pada tahun 2020, Aesop berjaya mengeluarkan koleksi wangian berbentuk lilin. Ia hasil kerjasama dengan pakar bau asal Perancis, Barnabe Fillion. Sebelum ini pun Aesop telah menyediakan produk wangian dari jenis oil burner blends dan semburan aromaterapi. Namun, wangian lilin yang paling ditunggu peminat dan pengguna Aesop.
DIVA teruja untuk memperkenalkan kepada anda, tiga lilin wangian aromaterapi Aesop yang bakal memenuhi kehendak bauan anggun dan nyaman.
#1 Aganice Aromatique Candle
Jika anda sukakan haruman seksi dan segar, lilin Aganice diisi bersama Cardamom, Mimosa dan sedikit sentuhan Tobacco. Nama wangian ini diambil dari lagenda astronomi Greek Purba.

#2 Callippus Aromatique Candle
Ini pula buat anda yang inginkan bau semulajadi tumbuhan yang lembut. Wangian Callippus hasil gabungan Frankincense, Guaiacwood dan not utama Shiso.

#3 Ptolemy Aromatique Candle
Wangian yang berat, memukau dengan bayangan hutan lama yang tebal. Ia dihasilkan dari not Cedar, Cypress dan Vetiver.

Setiap dari lilin ini hanya berharga RM465 dan direka khas menggunakan kandungan vegan yang selamat. Malah ia lilin dicatit dengan quotes Untuk lebih banyak lagi seleksi wangian Aesop Home layari https://malaysia.aesop.com/collections/home atau anda boleh kunjungi butik Aesop untuk mengisi pengalaman dengan wangian indah ini.