Akhirnya penantian untuk melihat koleksi Pharell Williams bersama Louis Vuitton sudah berakhir. Awal tahun ini, LV membuat kejutan melantik rapper legend ini sebagai Pengarah Kreatif baharu untuk koleksi pakaian lalu. Ia menjadi satu berita sensasi kerana Pharrell sudah sememangnya tidak asing dalam mengetengahkan aura fesyen bila muncul dikhayalak ramai.
Baca: Pharrell Williams Kini Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Tapi Kenapa?
Malam besar tersebut dihadiri selebriti A-list, pempengaruh fesyen terkemuka dan dibarisi model terhangat dunia. Sentuhan street style terlihat pada setiap koleksi yang disusun, terutamanya pada warna, aksesori dan potongan siluet. Malah ada yang berpendapat pengaruh Chanel juga ada dalam koleksi SS24 ini.
Antara koleksi yang mengunggah hati DIVA, mari lihat;
- Mainan cetakan pixel seakan celoreng tentera menjadi tumpuan utama dalam koleksi ini. Ia sekaligus melambangkan kekuasaan, alpha dan juga konsep terawal street fashion.

- Baggy shirts ternyata tidak akan terlepas dari idea Pharrell Williams. Ia antara helaian fesyen unisex. DIVA seolah merasa kembali pada era 90-an dimana fesyen sungguh joy dan simple!

- Tumpukan perhatian anda pada beg-beg yang dijinjit oleh model. Ia sungguh unik dengan pembaharuan warna dan cetakan. Apatah lagi bentuk potongan beg LV yang lebih kompak dan moden.

- Antara helaian menjadi kegemaran DIVA! Kemasan potongan top and bottom yang polos, kemudian diserikan manik-manik mewah.

- Betul lah memang ada vibe Chanel dalam koleksi LV. Tak dapat nak salah Pharrell kerana beliau telah lama bekerjasama dengan rumah fesyen itu. Pun begitu, DIVA merasa Pharrell berjaya menghasilkan suatu nafas baru dengan udara Louis Vuitton.

- Paling menggegarkan pentas peragaan malam itu! Ini dua rekaan bagi DIVA secara peribadinya sungguh menakjubkan. Terasa vaganza dalam classy, high-fashion dan kekayaan dunia fesyen.

Ternganga tak lihat koleksi lelaki air tangan Pharrell Williams ini?