Anda suka meluahkan segala rasa dengan catitan dan penulisan yang panjang?
Pada mulanya DIVA agak khuatir mahu gunakan iPad sebagai pengganti buku diari. Iyalah, bila difikir peranti harus dicas, mahal dan boleh hilang. Namun setelah hampir satu tahun menggunakan iPad Pro ternyata ia sangat memudahkan hidup DIVA dan banyak membantu dari segi kawalan masa terhadap internet.
Pada pendapat peribadi DIVA, iPad menjamin privasi dan ia juga mempunyai kelebihan setanding komputer riba. Apatah lagi bila iPad boleh disentuh skrin dan menggunakan bersama papan kekunci bluetooth dan pensil. Ia sangat versatil dan kompak dalam satu masa yang sama.
Nah, ini alasan yang DIVA rasa untuk gadis masa kini guna iPad;
#1 Buat kamu lupa telefon pintar
Semua ada dalam sebuah iPad sahaja! Simpanan gambar, video, nota, carian Google, membaca atau tontonan filem di Netflix. Masa kamu bersama telefon pintar lebih longgar, terutama untuk yang nak kurangkan masa di media sosial.

#2 Diari / jurnal lebih selamat
Nota, diari atau nota kamu lebih kemas dan teratur. Carian untuk nota-nota belajar lebih mudah kerana Apple Store menyediakan pelbagai aplikasi jurnal seperti GoodNotes. Malah kamu boleh muatnaik catitan peribadi di iCloud atau kunci bersama kata laluan. Bahkan garapan peribadi kamu lebih kreatif dengan ubahsuai tulisan dan warna yang banyak. Tak perlu beli pen atau pensil warna lagi.

#3 Boleh bawa kemana sahaja
DIVA akan bawa kemana sahaja iPad sebagai pelepasan kebosanan atau muncul rasa kreatif untuk melakar. Kandungan hayat bateri sebuah iPad juga sangat lama, jadi memang seharian anda boleh guna tanpa perlu mengecas dengan kerap. Saiz dan berat iPad juga boleh dipilih mengikut kesesuaian kegunaan anda.

Serius sungguh berbaloi!