Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kucing Lagenda Karl Lagerfeld, Si Meow Yang Hidup Mewah Dari Kita Semua

by Indah Aziz
June 22, 2023
Foto - The Economic Times

Foto - The Economic Times

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pencinta kucing pasti sudah tahu tentang kisah ‘kucing kayangan’ milik mendiang pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld. Kucing betina yang diberi nama Choupette atau maksudnya dalam bahasa Perancis, si comel kini menjadi pewaris kekayaan Karl dan hidup seperti pempengaruh media sosial.

Choupette sungguh bertuah kerana disayangi mendiang Karl dan dianggap sebagai anak yang dicurahkan kasih sayang. Kucing dari baka Birman diambil pada tahun 2011. Menurut majalah People, tidak seperti selalu Karl sangat suka bercerita tentang Choupette melainkan hal peribadi lain.

View this post on Instagram

A post shared by Choupette Lagerfeld (@choupetteofficiel)

Seperti anak kepada elit yang lain, Choupette bernafas dengan udara kemewahan. Ia mempunyai iPad untuk kegunaan sendiri, hanya terbang dengan jet peribadi, memiliki chef serta pengawal keselamatan dan pernah muncul dalam beberapa photoshoots. Terkini, Choupette digelar sebagai kucing paling popular di dunia!

Foto – Instagram Choupette

Kucing berbulu putih dan mata biru ini hanya makan menggunakan mangkuk dari jenama Goyard. Ia mangkuk makanan yang bernilai ribuan dolar dan Choupette memiliki tiga buah untuk minuman, snek kroket dan pâté.

Dari beberapa sumber percaya Choupette mewarisi sebahagian harta Karl Lagerfeld yang bernilai 200 juta Euro. Pun begitu, ia tidak menjadikan Choupette antara kucing paling kaya. Ini kerana kucing milik penyanyi Taylor Swift iaitu Olivia Benson lebih kaya kerana memiliki harta 97 juta USD.

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian (@kimkardashian)

Setelah Karl Lagerfeld meninggal dunia pada 2019, Choupette dijaga oleh bekas pembantu rumah mendiang, Françoise Caçot. Wanita ini juga bertindak sebagai pengemaskini media sosial Choupette di Instagram. Apa jua aktiviti yang dilakukan Choupette pasti akan dikongsikan bersama 259 ribu pengikutnya.

Foto – Instagram Choupette

Choupette yang berusia 11 tahun meneruskan hidup dengan kemewahan dan menjadi tatapan peminat fesyen dunia. Beruntung sungguh bukan?

FILED UNDER choupettekucing karl lagerfeldkucing kaya di dunia
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.