Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pilihan Konsep Modest Dari Khoon Hooi, 5 Gaya Sesuai Untuk Aidiladha

by Indah Aziz
June 21, 2023
Foto - Khoon Hooi

Foto - Khoon Hooi

9
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Raya, raya, raya! Selamat Hari Raya

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Jadi sudah sediakah persiapan untuk menjelang raya kali ini? Jangan saat Aidilfitri sahaja anda rancak mengayakan baju raya.

Jadi untuk anda mencari idea baju raya yang eksklusif dan sederhana. DIVA bawakan satu jenama dari pereka fesyen terkemuka tanah air, Khoon Hooi. Ia sentiasa menjadi pilihan selebriti A-list seperti Marion Caunter, Ella, Ziana Zain dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter)

Berikut lima rekaan yang masih lagi menjaga peribadi sebagai seorang Muslimah, bersederhana dan mengekalkan keanggunan anda.

#1 Hiromi in Mauve [RM4100]

Ciptaan terbaru Khoon Hoi yang apa dilihat mengetengahkan konsep potongan busana asal Jepun. DIVA memilih Hiromi kerana ia seakan kebaya labuh yang terbelah dibahagian bawah. Ukur lilit baju yang longgar dan berlengan panjang cukup sesuai untuk kekal bertutup molek. Biarpun ia bukanlah rekaan tradisional tempatan, tetapi masih boleh dibawa sebagai gaya hari raya.

Foto – KHOON HOOI

#2 Joyo in Topaz [RM2500]

Kaftan ialah pilihan terbaik untuk digayakan pada hari perayaan begini. Kaftan Joyo dalam warna hijau kebiruan terang ini cukup menarik perhatian. Apatah lagi ditambah perincian bulu dibahagian hujung lengan. Kaftan mewah ini 100% dari sutera yang sejuk, lembut dan menyerlahkan sisi jelita anda.

Foto – KHOON HOOI

#3 The Cotton Story : Becca in Tangerine [RM1095]

Hari raya tapi kenapa dress begini pula? DIVA pilih dress kemeja labuh ini untuk digayakan pada hari raya kedua atau ketiga. Anda terlihat lebih kasual, namun masih kekal feminin ketika bertandang rumah sanak-saudara. Warna oren terang ini pula membangkitkan mood raya yang ceria dan gembira!

Foto – KHOON HOOI

#4 Ratu In Fuchsia [RM2800]

Umpama permaisuri tanah arab apabila menata lihat rekaan kaftan Khoon Hooi kali ini. Ia menambah sedikit tekstur pada bahagian atas baju dan dibawa labuh belakang. Bagi anda yang suka gaya ringkas tapi masih mencuri perhatian, kaftan dalam warna merah jambu terang ini DIVA cadangkan untuk anda.

Foto – KHOON HOOI

#5 Dhia [RM3500]

Mahu kekal klasik dan tradisional, potongan Kurung Pahang cukup sempurna untuk Aidiladha ini. Potongan puff pada bahagian bahu baju menambah seri lagi. Tidak cukup dengan itu, garis leher dan hujung lengan dirias bersama hiasan kristal dan mutiara. Fabriknya pula kemas tegap dengan hiasan timbul. Sungguh cantik!

Foto – KHOON HOOI

Rekaan ini pihak Khoon Hooi masih lagi menerima tempahan. Namun, anda harus membuat pra-tempahan seawal 15 hari atau 30 hari mengikut koleksi.

Selamat bergaya dan Hari Raya Aidiladha!

FILED UNDER baju kebaya khoon hooibaju raya khoon hooikhoon hooi malaysia
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.