Nak dapatkan perut yang kempis seperti model adalah impian setiap wanita termasuklah DIVA! Bagi sesiapa yang mencari solusi untuk kempiskan perut dalam masa yang singkat, cepat dan selamat, kamu boleh pertimbangkan untuk lakukan rawatan Thermal Shape di STRIP.
Dan beberapa minggu yang lalu, DIVA berkesempatan untuk mencuba sendiri rawatan ini. Tidak seperti prosedur pembedahan, rawatan ini adalah sesuatu yang invasif dan tidak memerlukan sebarang pembedahan ye.
Rawatan Thermal Shape ini disasarkan untuk mengurangkan penampilan selulit, membentuk semula badan hingga ke mengurangkan penampilan stretch mark. Psst… Rawatan Thermal Shape ini sesuai untuk semua orang, tak kiralah kamu seorang yang senang buncit atau mak-mak sekali pun!
[Baca: Thermal Shape STRIP, Rawatan Unik Yang Boleh Hilangkan Selulit Sekelip Mata!]
PROSES RAWATAN THERMAL SHAPE
DIVA sendiri mencuba rawatan Thermal Shape ini pada perut untuk mengetahui sama ada ia betul-betul berkesan atau tidak. Sebelum memulakan rawatan, ahli terapi memberitahu akan ada dua bahagian dalam proses ini iaitu Ultrasonic Cavitation dan Thermal O2.
-
Bahagian 1: Ultrasonic Cavitation
Pada permulaannya ahli terapi akan menyapu sejumlah besar gel penyejuk di kawasan perut sebelum menggunakan mesin Ultrasonic Cavitation.

Sebaik sahaja mesin ‘digolekkan’ di atas perut, DIVA dapati ada deringan ringan dalam telinga. Bunyi ini mungkin akan berikan ketidakselesaan pada awalnya tetapi semakin lama DIVA sudah jadi terbiasa sepanjang rawatan. Apa yang menarik, bunyi deringan ini hanya boleh didengari oleh kamu sahaja tau!
Info: Ultrasonic Cavitation menggunakan gelombang ultrasonik tahap rendah untuk memecahkan sel lemak menjadi cecair. Jadi kalau ada kamu dengar bunyi deringan yang kuat di sesetengah bahagian, maksudnya jumlah lemak di situ adalah banyak.
-
Bahagian 2: Thermal O2
Selepas Ultrasonic Cavitation, DIVA meneruskan rawatan dengan Thermal O2. Proses ini menggabungkan sedutan vakum, haba dan frekuensi radio yang menembus jauh ke dalam lapisan dermis untuk memaskan tisu, mengecutkan serat kolagen, mencipta kesan mengetat dan penegangan dengan serta-merta.

Menggunakan gel penyejuk, ahli terapi akan menggunakan aplikator Thermal O2 di kawasan yang sama seperti di bahagian 1. Ahli terapi juga ada memberitahu yang proses ini tidak menyelesakan di mana DIVA akan berasa sedikit sakit seperti gigitan semut ketika sedutan vakum.
Bagi DIVA, proses ini tidaklah begitu menyakitkan kerana ia menggelikan seperti ada orang menggeletek perut.
Psst… Jika ada yang tidak tahan dengan tahap getaran sedutan vakum, kamu boleh memberitahu ahli terapi supaya mereka boleh laraskan sedutan mengikut tahap kesakitan kamu.
HASIL RAWATAN THERMAL SHAPE
Selepas melakukan kedua-dua bahagian dalam rawatan ini, DIVA dapati ada perbezaannya pada perut di mana perut nampak sedikit kempis dan ada bentuk. Walaupun terlalu cepat untuk menilai, DIVA memberikan masa untuk lihat keberkesannya dalam jangka masa yang lama. Dan selepas dua minggu, ditambah dengan senaman ringan, memang ada bezanya!
- Foto – Arkib DIVA
Buat yang tertanya-tanya, sebaik sahaja selesai rawatan ini DIVA ada rasa sedikit sakit di bahagian perut dan ianya hilang dengan sendiri selepas tiga hari. Penting untuk kamu tahu, dalam tempoh 24 jam pertama, ada beberapa perkara yang kamu boleh dan tidak boleh lakukan seperti:
- Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 20 minit seperti berjalan kaki.
- Tidak mengambil alkohol
- Tidak memakai pakaian ketat
- Tidak menggosok atau scrub bahagian yang dirawat
- Tidak lakukan senaman intensif
- Menyapu aloe vera atau krim sejuk di bahagian dirawat
Rawatan Thermal Shape di STRIP ini perlu dilakukan sebanyak lapan sesi untuk melihat keberkesannya. Selain perut, kamu juga boleh lakukannya di kawasan paha dan punggung.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati tawaran menarik sehingga 31 Julai 2023:
- Bahagian bawah belakang dan perut – RM98/setiap satu (Harga biasa: RM500/setiap satu)
- Punggung – RM118 (Harga Biasa: RM600)
- Separuh bahagian atas kaki, depan atau belakang – RM118/setiap satu (Harga Biasa: RM600/setiap satu.
- 200 wanita pertama yang berbelanja minimum RM500 di kedai STRIP, kamu akan diberikan satu sesi Thermal Shape percuma bermula sekarang hingga 31 Julai 2023 nanti.
*(Tertakluk pada terma dan syarat).