Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi 2 Produk Cosmoderm Terbaik Untuk Usia 30 Tahun

by Indah Aziz
June 18, 2023
Foto - John Lewis

Foto - John Lewis

28
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama Cosmoderm tidak asing lagi didalam rak-rak produk penjagaan kulit di farmasi kecantikan. Keyakinan pengguna kepada Cosmoderm sudah tidak disangkal lagi, ia produk yang terjamin halal, menggunakan bahan yang selamat dan berkesan. Malah, pilihan barisan produk pula memenuhi kehendak pelanggan. Pelbagai solusi masalah kulit yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan.

Sebagai pengguna Cosmoderm, DIVA juga tidak ragu-ragu lagi untuk berkongsi dua produk yang mana bagi DIVA sangat baik untuk wanita yang mencecah usia 30 tahun. Maklumlah, waktu inilah ‘musuh’ penuaan bekerja dengan kuat. Jadi wajar untuk kita atasi supaya bukan sahaja kelihatan cantik tapi lebih berkeyakinan.

Dua produk Cosmoderm yang DIVA ingin syorkan pada anda ialah;

1. Cosmoderm Luminous A Reverse Aging Elixir 30ml [RM50.90]

Produk yang DIVA yakin ramai wanita 30-an akan jatuh cinta dan tak boleh hidup tanpanya! Ia dimanfaatkan dengan 0.3% retinol yang membantu untuk melawan tanda-tanda penuaan dan hiperpigmentasi. Ya, garis halus dan tompokan jerawat antara musuh utama kulit yang membuatkan wajah kelihatan lebih tua dari usia.

Foto – Herbal Lotus

Setiap sapuan Luminous A Reverse Aging Elixir ini dapat mengembalikan keanjalan, memperbaiki tona kulit dan menguatkan skin barrier. DIVA suka pakai krim ini pada waktu malam sebelum tidur. Ini kerana retinol boleh membuatkan kulit menjadi sensitif jika terkena matahari. Jadi solusi selamat pakai pada sebelum tidur dan keesokan pagi, anda akan terasa kulit lebih lembut dan anjal.

View this post on Instagram

A post shared by Cosmoderm (@cosmoderm)

2. Cosmoderm Glow-C Radiance Toning Essence 100ml [RM29.90]

Siapa tak nak kulit berseri-seri bebas dari sebarang kesan parut jerawat kan?

Vitamin C antara bahan yang sangat powerful untuk memperbaiki masalah tona dan hiperpigmentasi. Jadi bagi DIVA, mustahak untuk wanita yang menginjak angka 30 untuk masukkan vitamin C dalam rutin kecantikan. Iyalah, keupayaan sel kulit untuk menjamin keserian tidak seperti waktu remaja. Apatah lagi kulit sentiasa berhadapan dengan keadaan stress dan pencemaran.

Foto – Healthline

DIVA amat suka dengan toning essence vitamin C Cosmoderm yang mudah menyerap, lembut pada kulit dan paling best ia antara toning vitamin C dijual pada harga berpatutan! Selepas mencuci muka dan menyegar, DIVA akan titiskan produk ini dan sapu pada keseluruhan wajah. Kemudian pakai pelembab dan sunscreen, anda akan rasai perubahan kulit yang akan lebih berseri dan kesan parut semakin pudar.

View this post on Instagram

A post shared by Cosmoderm (@cosmoderm)

Serius, harga pula sangat berbaloi dan bahan-bahan yang digunakan dalam produk bersifat straightforward. Anda boleh kenali banyak lagi produk skincare Cosmoderm di https://www.cosmoderm.com.my/. Selamat mencuba!

FILED UNDER cosmoderm malaysiacosmoderm terbaikreview cosmoderm
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.