Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

“Confirm Selamat!”- Mak Ayah Tak Perlu Bimbang Dengan myFirst Fone R1s Ini

by Soph.Azz
June 16, 2023
Foto - myFirst

Foto - myFirst

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekarang ini teknologi bukan lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan orang dewasa sahaja. Kini kanak-kanak pun turut menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

Bagi ibu bapa, apabila anak-anak mula gunakannya, sudah semestinya kamu memerlukan teknologi yang selamat kan? Jadi jenama teknologi myFirst dari Singapura kini melancarkan koleksi teknologi kanak-kanak yang pertama dunia di Malaysia.

myFirst menawarkan koleksi peranti teknologi kanak-kanak pertama di dunia iaitu jam tangan pintar myFirst Fone R1s; yang menjadi alternatif terbaik kepada media sosial.

myFirst Fone R1s: Jam Tangan Pintar Dengan Teknologi Terkini!

Peranti berbentuk jam tangan pintar jenama myFirst Fone R1s menawarkan kanak-kanak untuk terus berhubung dalam ekosistem selamat dengan kawalan penuh ibu bapa. Jam tangan pintar all-in-one ini menggabungkan panggilan suara dan video, pemesejan, pemain muzik, kamera, jam, GPS dan penjejak kecergasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by myFirst (@myfirst.tech)

Dilengkapi dengan pemantauan kadar denyutan jantung, telefon jam tangan juga memotivasikan pemakainya untuk mengumpul lencana comel sambil menjejaki langkah harian mereka. Ia juga boleh melatih kanak-kanak menggunakan penggera dan peringatan dengan merakam peringatan suara peribadi mereka sendiri atau ibu bapa.

Wallpaper jam tangan R1 boleh disesuaikan dengan memilih daripada pilihan kertas dinding animasi, swafoto dan foto yang disimpan dalam peranti.

Cara gunakan myFirst Fone R1s:

Foto – myFirst
  1. Muat turun aplikasi “myFirst Circle” di Google PlayStore atau Apple App Store.
  2. Aktifkan SIM percuma [SINI] selepas kamu membuat akaun pada aplikasi.
  3. Selepas berjaya aktifkan, kamu perlu restart jam pintar dan teruskan mengimbas kod QR.

Perhatian: SIM percuma telah dipautkan kepada jam tangan IMEI tertentu. Dilarang untuk gunakan kad SIM pada peranti lain kerana ia boleh akibatkan SIM terkunci.

Selain daripada itu, myFirst turut menawarkan beberapa peranti teknologi lain seperti:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by myFirst (@myfirst.tech)

  • myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite: Kanak-kanak boleh mendengar muzik tanpa menghalang saluran telinga dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran.
  • myFirst Sketch: Khas untuk kanak-kanak yang berminat dengan seni, boleh melukis dan simpan untuk tontonan masa hadapan.
  • myFirst 3D Pen: Kanak-kanak boleh hidupkan gambar mereka melalui permodelan 3D.
  • myFirst Camera: Sesuai untuk kanak-kanak yang berminat untuk merakam kenangan dan perspektif.

Layari kedai rasmi myFirst Malaysia di [SINI] dan jika berminat untuk membeli peranti di atas, kamu boleh beli di [KEDAI] terpilih. Maklumat lanjut mengenainya, layari [myFirst].

FILED UNDER g-jay yongmyfirstmyfirst fone r1smyfirst malaysiarufaye yong
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.