Khasnya untuk si foodie, kamu pasti teruja dengan berita yang ini!
Desaru Coast kini mengumumkan kembalinya siri santapan terkenalnya iaitu Siri Gourmet- A Malaysian Journey yang pastinya akan membuatkan kamu kecur air liur pada hujung minggu ini!
Siri Gourmet ini menjemput si foodies untuk memulakan pengembaraan gastronomi, menikmati citarasa Malaysia menggunakan bahan-bahan tempatan yang terbaik.
Selepas kejayaan edisi pertamanya, siri ini memperkenalkan edisi siri keduanya yang menampilkan cef Malaysia yang terkenal. Psst… Bersedia untuk menikmati santapan yang terhebat dan unik menerusi siri ini!
Siri Yang Hanya Dicipta Oleh Pakar Masakan Terbaik!
Memulakan perjalanan kulinari di tengah-tengah pemandangan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan, Siri Gourmet ini dengan khasnya menampilkan tiga cef terkenal di Malaysia.
-
Siri I
Siri Gourmet ini bermula dengan Siri I yang menampilkan Chef Johnson Wong pada 26-28 Mei 2023 lalu di Sea.Fire.Salt Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Bekerjasama dengan cef eksekutif, Fahdrul Abd Malek, siri ini menawarkan 20 hidangan yang bertemakan Straits Food Redefined.
- Foto – Desaru Coast
Tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan yang lazat termasuklah tiram berair dengan sup timun, nyonya acar, daging kambing rendang tok, nasi ulam hingga ke udang bakar arang dengan sos mentega kelapa.
- Foto – Desaru Coast
Sebagai sebahagian daripada makan malam, tetamu diberikan wain oleh Moët & Chandon, dengan pilihan daripada Whispering Angel dan Terrazas de los Andes, yang dipilih sendiri oleh sommelier.
-
Siri II
Untuk Siri II yang akan berlangsung pada 1-3 September 2023 di One&Only Desaru Coast, tetamu berpeluang menyaksikan kerjasama antara Chef Su Kim Hock dan Chef Johson Wong.
- Foto – Desaru Coast
Hasil kerjasama ini memberi peluang untuk tetamu mencipta pengalaman makan enam tangan yang luar biasa!
-
Siri III
Sebagai penutup, Siri III akan berlangsung 17-19 November 2023 yang akan diterajui oleh Chef Raymond Tham di Big Easy Bar & Grill, The Els Club Desaru Coast.
- Foto – Desaru Coast
Untuk maklumat lanjut mengenai destinasi dan tawaran Desaru Coast, layari laman web rasmi [DESARU COAST] atau hubungi Concierge Desaru Coast [+60167717442 / +60169130813].