Akhirnya, kamera vlog mesra poket, mesra skrin dan mesra harga sudah dikeluarkan oleh Canon!
Kamera Canon Powershot V10 bakal membawa perubahan dalam dunia vlogging anda. Ia telah direka untuk generasi anak muda yang lebih gemar suatu sistem kamera mudah, ringkas dan cepat untuk merakam bila-bila masa.
Saiz yang kecil sekitar 64.4 x 90.0 x 34.3mm mampu untuk disimpan didalam poket. Malah ia juga amat selesa untuk dipegang sepanjang masa. Menariknya lagi, bahagian bawah kamera siapsedia dengan pelaras untuk dijadikan ala tripod.

Canon V10 mempunyai kamera tetap dengan saiz 19mm prime lens. Ia mampu rekod video pada 1080p dengan 60FPS atau 4K pada kadar 30FPS. Bagi gambar pula dengan resolusi hanya 15.2MP dan boleh disimpan sebagai fail JPEG sahaja. Pun begitu, ia mempunyai mod auto-fokus, kestabilan imej dan 3x zoom.

Bahagian butang rekod diletakkan pada bahagian hadapan kamera bagi memudahkan vlog secara semuka. Skrin LCD pula didatangkan saiz 2 inci yang boleh laras bersama butang navigasi. Kalau nak pasang mikrofon pun boleh! Ia lengkap bersama HDMI Micro port, 3.5mm mic jack serta USB-C port dan slot external card.

Jangan lupa tentang bateri, pihak Canon menyediakan 1250mAH bateri pada Canon V10. Paling best kamera ini boleh berhubung bersama WiFi dan Bluetooth untuk telefon pintar anda.
DIVA suka dengan perincian kamera Canon Powershot V10. Ia boleh menggantikan telefon pintar dan kerja vlog jadi lebih selesa. Harga pula cukup terbaik dengan RM1,999!

Jadi siapa yang memang suka vlogging tanpa henti, memang wajib ada Canon V10.