Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Aura Fesyen ‘Old Money’, Petua Untuk Kamu Terlihat Classy Seperti Model Ralph Lauren

by Indah Aziz
June 13, 2023
Foto - Lifestyle Asia Hong Kong

Foto - Lifestyle Asia Hong Kong

46
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Semakin ramai pula yang selesa dengan konsep old money, biarpun tidak mewarisi sebarang kekayaan keluarga!

Pasti ada yang tak tahu dengan maksud ‘old money’ bukan? Old money ialah istilah untuk anak-anak yang mewarisi kekayaan atau harga dari warisan keluarga. Senang untuk anda faham ia untuk golongan bangsawan atau elit, terutamanya keluarga yang mempunyai perniagaan besar.

Kini old money digunakan sebagai gaya fesyen yang sinonim dengan baju sejuk, kardigan, fabrik kapas atau kasmir. Bagi DIVA kalau dengar old money pasti membayangkan jenama-jenama fesyen seperti Lacoste, MaxMara atau Ralph Lauren. Terbayangkan bukan, baju polo, kot labuh, sneaker putih dan beg tangan kulit. Itulah old money aesthetic!

Buat anda yang ingin mula aura seperti elit old money, DIVA ada rujukan khas untuk anda ikut! Ini antara contoh stail old money yang digayakan oleh Ralph Lauren dalam koleksi Spring/Summer 2023.

  • Baju turtleneck lengan panjang dipadankan dengan seluar pendek atas lutut. Memang sangat sesuai untuk acara kasual dengan cuaca panas di Malaysia ini. Perhatikan pilihan warna beige dan putih, yup itu memang klasik old money. 
Foto – Vogue
  • Ingin terlihat sweet tapi masih lagi kekal classy? Potongan baju paras bahu bersama skirt kembang ini menonjol sisi romantis anda. Apa yang paling DIVA tertarik ialah beg tangan yang dijinjit. 
Foto – Vogue
  • Nah, ini memang aura old money gaya pewaris ladang cowboy! Anda boleh gayakan sress kembang tapi yang pasti pilih dari fabrik kapas ringan, warna putih atau krim dan untuk tampak feminin corak renda pasti membantu. 
Foto – Vogue
  • Jumpsuit warna beige begini tanpa sedar membuat anda terlihat seksi dan bersahaja pula. Anda tak perlu sarat dengan aksesori lain, ini sudah cukup! 
Foto – Vogue
  • Siapa kata gaya old money tak boleh terlihat chic?! Ini antara look yang paling DIVA suka untuk old money versi moden. Topi baret dan lilitan skaf pada leher memang boleh buat anda nampak seperti anak manja papa. 
Foto – Vogue
  • Ini pula look untuk yakinkan anda, old money tak semestinya anda perlu guna warna neutral sahaja. Lihat mainan warna merah hati ini, sekelip mata buat anda lain dari yang lain. 
Foto – Vogue

Apa yang DIVA suka tentang gaya old money ia bukan semata-mata tentang status kemewahan. Bahkan ia membawa konsep kemas, modest dan menghargai silhoutte jahitan professional.

FILED UNDER fesyen old moneymaksud old moneystail old money
Share18SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.