Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

Dari Langkawi hingga Desaru, Ini 6 Penginapan Mewah Untuk Beach Holiday Citarasa T20

by Indah Aziz
June 20, 2023
Foto - Trip.com

Foto - Trip.com

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Percutian juga ada pelbagai citarasa mengikut kehendak dan bajet masing-masing. Ada yang lebih suka percutian gaya backpackers dan ada pula yang mahu dilayan seperti putera-puteri semasa bercuti. Ikutlah macam mana pun, asalkan fokus anda untuk bercuti, berehat atau bersantai ketika kelapangan masa ini.

Bagi anda yang mahukan percutian eksklusif, jauh dari perhatian orang ramai dan hiruk-pikuk bandar. DIVA ada perkongsian khas buat anda yang gemar gaya cuti ala T20. Barisan hotel mewah dan resort yang bakal memberi aura holiday dalam syurga. Usah khuatir, dari Langkawi, Desaru hingga Kota Kinabalu DIVA bawakan hotel mewah untuk anda tempah;

1. The St. Regis, Langkawi

Hotel mewah bertaraf lima bintang sentiasa menjadi pilihan selebriti tempatan. Ia hotel yang berhadapan dengan pantai yang indah. DIVA syorkan siapa yang ingin bulan madu di Langkawi, wajib menginap di The St- Regis. Segala yang ada dalam hotel ini sangat privasi termasuk kawasan pantai dan kolam renang. Nyaman!

Foto – PenangHoliday

2. The Datai Resort, Langkawi

Antara hotel mewah terbaik di Langkawi! Sepertinya percutian mewah anda akan rasa complete bila menginap disini. Ia mempunyai pilihan bilik hotel jenis suite dan villa yang menjanjikan kemewahan hutan tropika. Malah bagi si isteri yang ingin bermanja diri dengan spa pun ada, manakala untuk si suami boleh melepaskan fikiran dengan bermain golf.

Foto – DATAI

3. The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang

Pulau Redang sangat sinonim dengan keindahan pasir pantai yang memutih dan deruan ombak laut membiru. Bagi yang ingin menikmati percutian pulau serba mewah, The Taraas Beach & Spa antara hotel mewah wajib ada dalam senarai. Kalau anda memang suka menghabiskan masa di pantai, siap terus tempah The Taaras.

Foto – Klook

4. Japamala Resort, Pulau Tioman

Jauh tertutup dari pandangan mata pelancong yang lain, itu yang dijanjikan oleh Japamala Resort Tioman. Resort menarik dilereng bukit yang memberi kepuasan percutian privasi buat anda. Bahkan anda juga menikmati keindahan laut dan ketenangan hutan tropika.

Foto – Booking.com

5. One&Only, Desaru Coast Johor

Sebuah jenama penginapan mewah yang kini muncul di selatan tanah air. One&Only Desaru Coast sudah menjadi pilihan ramai sejak mula dibuka beberapa tahun lalu. Kawasan pantai yang luas dan peribadi dan jauh dari bandar atau pekan sekeliling. Ciri hiasan dalaman hotel cukup minimal dan sofistikated!

Foto – ONE&ONLY

6. Borneo Eagle Resort, Kota Kinabalu

Jika anda terbang ke Sabah, hotel mewah bercirikan lima bintang yang DIVA cadangkan ialah Borneo Eagle Resort di Pulau Tiga. Ia sebuah resort yang berhadapan Laut China Selatan dan berhampiran hutan tebal Borneo. Malah sebenarnya tidak ramai warga tempatan tahu tentang hotel ini.

Foto – TripAdvisor

Semuanya berhampiran dengan pantai dan sangat menjaga privasi semasa bercuti. Barulah percutian hotel mewah T20 kali ini tenang, aman dan damai.

Happy holiday! 

FILED UNDER hotel desaru mewahhotel langkawi mewahhotel t20
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.