Baru-baru ini DIVA sempat mengunjungi butik wangian Jo Malone. Namun DIVA tidak dapat menunggu lama kerana keadaan butik sungguh sesak. Ini membuatkan DIVA tertanya-tanya, kenapa agaknya sejak kebelakangan ini nama Jo Malone semakin mendapat perhatian. Berbanding dua atau tiga tahun lepas, Jo Malone terasa lebih eksklusif mungkin kerana ia belum dikenali ramai di Malaysia.
Buat yang belum mengetahui apakah itu Jo Malone, DIVA dedahkan sedikit latar belakang jenama wangian syahdu ini secara ringkas.
Jo Malone ialah jenama wangian yang berasal dari British dan ia terus popular dari tahun 1990 hingga kini. Ia diasaskan oleh seorang pereka bau Jo Malone yang bermula kerjaya sebagai penjual bunga. Beliau pertama kali mencipta minyak wangi dari taman bunga keluarga dan kepingan parut sabun.

Namun pada tahun 1999, Jo Malone menjual jenamanya kepada konglomerat kecantikan Estee Lauder. Tetapi Jo masih melibatkan diri dalam pembikinan wangian sehingga tahun 2006.
Setelah itu, Jo kembali dengan mencipta wangian sendiri dengan membuka jenama baru iaitu Jo Loves.
Apa yang menarik tentang Jo Malone?
Wangian Jo Malone sentiasa berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga, herba dan buah-buahan. Menurut pandangan peribadi DIVA, wangian Jo Malone boleh dipakai oleh wanita dan lelaki.
Keunikan bauan unisex ini menjadikan Jo Malone ia sebuah wangian yang cukup berkualiti. Anda boleh merasai kelembutan pada setiap not wangian yang tidak terdapat pada jenama lain. Kadang wangian bunga dan buah terasa seperti wangian semulajadi.
Menariknya lagi, Jo Malone juga menyediakan wangian untuk rumah dan penjagaan mandian. Selain itu, anda boleh personalise wangian dan menjadikan koleksi wangian sebagai gubahan hadiah.
Wangian Jo Malone pilihan DIVA
- English Pear & Freesia [link]
Jika kamu suka bauan manis dan segar, koleksi wangian Jo Malone English Pear & Freesia ialah pilihan yang terbaik. Ia haruman pekat dengan sentuhan fruity dan sensual woody.

- Peony & Blush Suede [link]
Wangian dari bunga-bungaan yang lembut dan cukup romantis. Ia antara wangian best-seller dari Jo Malone. Anda boleh dapatkan dari bentuk cologne, krim tangan, lilin rumah dan semburan bilik.

- Wood Sage & Sea Salt [link]
Ini haruman unisex yang paling popular dan digemari ramai. Ia gabungan bau segar dan seksi dalam masa yang sama! Siapa suka kongsi wangian dengan pasangan, wajib cuba.

Jo Malone berbaloi atau tidak?
Jujur dari pandangan peribadi DIVA, ia suatu pelaburan haruman yang berbaloi. Bukan sahaja pada formula wangian, malah anda juga dapat merasai estetika botol Jo Malone yang minimalis dan mewah.
Jika dari segi harga pula, ia setanding dengan jenama wangian branded yang lain. Pun begitu, Jo Malone masih dikategorikan sebagai wangian mahal yang masih berpatutan. Cologne dengan saiz 50ml, berharga RM450 berbanding wangian Eau de Toilette jenama lain.

Tak puas dengan apa yang DIVA kongsikan diatas? Anda boleh layari https://www.jomalone.com.my/ untuk melihat lebih banyak lagi produk wangian mewah ini. Atau kunjungi sahaja butik haruman Jo Malone di seluruh Malaysia.