Cemburu betul lihat Puteri Rajwa Al-Saif. Serba sempurna, sehinggalah tiada cacat cela untuknya menjadi Puteri Jordan!
Selain daripada busana pengantinnya yang menarik perhatian dan menjadi idaman para wanita, DIVA turut tertarik dengan perincian tiara yang dipakainya ketika majlis akad nikah dan resepsinya.
Untuk pengetahuan kamu, tiara yang dipakai oleh Puteri Rajwa ketika majlis perkahwinannya ini telah direka khas oleh Ratu Rania. Apa yang menarik tentang tiara ini, Ratu Rania menyelitkan beberapa mesej rahsia yang khas untuk menantunya itu.
Menurut Royal Hashemite Court, tiara yang dikenakan oleh Puteri Rajwa mempunyai tulisan Arab di tepinya. Tulisan di tiara ini dikatakan telah diinspirasikan oleh tiara Ratu Rania.

Tiara Ratu Rania mengandungi kaligrafi Arab iaitu “Al Athatma Lillah” yang bermaksud “Kemuliaan bagi Tuhan”.
Tiaranya yang menampilkan kaligrafi Arab itu berbunyi “Rajwa min Allah”, apabila diterjemahkan ia bermaksud “Harapan daripada Tuhan”. Untuk pengetahuan kamu, frasa itu sendiri diilhamkan oleh Ratu Rania.

“Saya tidak akan lupa betapa gembiranya baginda (Raja) dan saya apabila Al Hussein memberitahu kami dia mahu berkahwin dengan Rajwa. Dia (Rajwa) adalah yang sempurna, menjawab semua doa saya untuknya. Semoga kamu sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dan sokongan atara satu sama lain.”
Sweet kan Ratu Rania? Memang idaman para menantu!