Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Dreamy & Ala-Ala Dongeng, DIVA Love Betul Busana Pengantin Puteri Rajwa Al Saif!

by Soph.Azz
June 7, 2023
Foto - Vogue Arabia

Foto - Vogue Arabia

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Putera Hussein & Rajwa Al-Saif!

Selepas bertunang pada Ogos 2022, Putera Mahkota Jordan iaitu Putera Hussein akhirnya berkahwin dengan gadis pilihannya; Rajwa Khaled bin Musaed bin Said bin Abdulaziz Al-Saif pada 1 Jun 2023.

Majlis perkahwinanyang diadakan gilang gemilang dan serba mewah itu membuatkan DIVA tertarik dengan busana pengantin yang digayakan oleh Puteri Rajwa.

Seperti kebanyakan pengantin, Puteri Rajwa memilih warna putih sebagai baju nikahnya. Busana pengantinnya itu direka khas oleh Elie Saab yang mengandungi perincian khas untuknya! Manakala baju resepsi pula daripada Dolce & Gabbana.

550 kelopak bunga hingga 6kg mutiara untuk Elie Saab

Untuk majlis nikahnya, Puteri Rajwa menggayakan body-hugging gown berlengan panjang yang direka oleh Elie Saab. Gaun tersebut menampilkan garis leher yang tidak simetri. Tampil dalam gaya minimalis, Puteri Rajwa melengkapkan penampilannya dengan aksesori seperti veil disulam, tiara berlian dan anting-anting berlian yang sepadan.

Foto – @rajwaofjordannews (IG)

Elie Saab mendedahkan gaun tersebut disiapkan oleh 20 orang selama tiga bulan. Perincian dan reka bentuk gaun tersebut memerlukan kemahiran yang teliti. Gaun Puteri Rajwa bukan gaun biasa, ianya menampilkan 550 kelopak bunga, 6kg mutiara, kristal dan manik.

Foto – @rajwaofjordannews (IG)

Solekannya pula terdiri daripada deep smoky eyes dengan bold contouring yang dipadankan bersama bibir merah jambu. Menariknya, Puteri Rajwa memilih sepasang kasut flat d’Orsay putih berbanding sepasang kasut tinggi.

Perincian unik ala fairytale daripada Dolce & Gabbana

Manakala untuk majlis resepsi di Istana Al Husseiniya, Puteri Rajwa mengenakan gaun keduanya yang direka oleh Dolce & Gabbana. Penampilan majlis resepsinya agak berbeza daripada majlis nikahnya, di mana gaun Dolce & Gabbana itu menampilkan siluet yang lebih rumit dan sulaman dalam bentuk pusaran besar. Sebagai pelengkap, gaun tersebut dipadankan dengan cap sleeves dan sweetheart neckline.

Foto – @rajwaofjordannews (IG)

Terserlah gaya puteri raja, Rajwa masih lagi mengenakan tiara yang sama bersama aksesori yang sepadan dan sepasang sarung tangan opera berona putih.

BACA:  Pakaian Dalam? Kourtney Kardashian Pakai Dress Korset Dolce & Gabbana Di Majlis Perkahwinan

Cantik dan manis kan?

FILED UNDER dolce & gabbanaelie saabrajwa al-saifrajwa khaled al-saif
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.