Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

5 Tanda Kamu Sebenarnya Hidup Untuk Ruang Suka, Komen & Kongsi

by Indah Aziz
June 8, 2023
Foto - Seventeen Magazine

Foto - Seventeen Magazine

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rangkaian internet telah menghubungkan manusia hingga tiada sempadan. Apatah lagi dengan pembangunan aplikasi media sosial yang mewujudkan ‘masyarakat’ baru dalam alam maya. Seronok apabila mendapat tanda suka, coretan komen dan hantaran dikongsi oleh pengikut. Malah terus rasa bersemangat untuk membuat pelbagai lagi perkongsian di media sosial.

Namun begitu, sikap rakus terhadap tanda notifikasi boleh mengubah pandangan kita semua terhadap kehidupan. Ada yang sekarang hanya mempamerkan kepura-puraan didalam media sosial semata-mata untuk mendapat perhatian likes, comments dan share.

Adakah kita juga tergolong dalam ‘masyarakat’ yang sebegitu? Mari semak!

#1 Mesti check phone dulu!

Tak sampai dua minit bangun dari tidur, mesti anda akan buka Facebook, Instagram atau TikTok untuk lihat jika ada sebarang notifkasi. Kadang baru sahaja muatnaik satu gambar, kamu kerap refresh aplikasi menunggu jika terdapat sebarang tanda suka atau komen. Anda lebih rela beri masa pada telefon daripada diri sendiri.

Foto – House Beautiful

#2 Wajib ambil gambar atau video bila-bila masa

Tidak kira masa, tempat atau bersama sesiapa anda mahu jadikan sebagai content. Anda langsung tak beri peluang kamera telefon anda tutup buat seketika. Ia bukan lagi alasan sebagai kenangan, kalau hampir setiap masa mahu merakam dan dimuatnaik dalam media sosial. Tanpa sedar, anda juga membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa.

#3 Tak sabar nak upload content

Pernah tak anda mahu cepat pulang ke rumah atau membiarkan pasangan bercakap sendirian, semata-mata untuk edit video atau gambar? DIVA pernah merasa pengalaman dengan seorang rakan, yang mengamuk kerana tidak dapat muatnaik video kerana gara-gara talian internet perlahan ketika bercuti. Melihat keresahan rakan terbabit, membuatkan DIVA dan lain-lain rasa cukup terkilan. Adakah percutian ini berniat sebagai content baginya?

Foto – The Independent

#4 Takut content tak dapat tanda suka

Sampai berjam-jam atau berhari-hari anda fikir untuk muatnaik sekeping gambar hanya sekadar risau tidak mendapat sebarang likes dari pengikut. Malah ada juga yang sanggup hold gambar atau video demi algoritma Facebook atau Instagram. Bila gambar itu kurang likes dari biasa, anda rela padamkan gambar tersebut dan upload yang lain.

Foto – Shutterstock

#5 Lagi selesa luah perasaan di media sosial

Media sosial bukan lagi tempat anda untuk menayang apa yang cantik semata-mata. Namun kini anda juga selesa meluah segala masalah atau aib sendiri. Bagi anda dari perkongsian gelap juga dapat beri manfaat untuk likes dan comments. Hmmm?

Foto – VOX

Jika tanda-tanda diatas ada yang anda lakukan. Segeralah munasabah diri dan sebaiknya cuba kurangkan masa dengan telefon pintar.

Selamat beramal!

FILED UNDER bahaya media sosialhidup media sosialobses media sosial
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.