Sama ada digayakan tersendiri atau dipadankan bersama; batu permata dan berlian memberi peluang pada setiap wanita untuk menyerlahkan ekspresi diri mereka melalui gaya yang berbeza.
Sekadar info, antara individu yang menggemari dan pengumpul batu permata adalah Elizabeth Taylor serta Kate Middleton iaitu Princess of Wales.
Melihatkan kepopularan dan permintaan terhadap batu permata dan berlian semakin meningkat, HABIB melancarkan kempen “HABIB GEMFEST” yang berlangsung sekarang hingga Julai nanti.
Bersempena dengan kempen GEMFEST tersebut, pengerusi HABIB sendiri iaitu Dato’ Sri Meer Habib telah mengadakan kelas tentang batu permata dan berlian baru-baru ini. Sebagai Pakar Permata Siswazah GIA yang diperakui, Dato’ Sri Meer Habib berkongsikan tentang kategori batu permata dan cara menentukan kualiti berlian.
- Foto – HABIB Malaysia
Psst… Kempen HABIB GEMFEST 2023 akan berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB bermula dari 1 Jun 2023 – 2 Julai 2023. Setiap bilik pameran menampilkan pelbagai pilihan rekaan yang menarik dan unik.
- Foto – HABIB Malaysia
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi seperti rantai leher gabungan Batu Safir 44 karat dab 7 butir Batu Tarzanit seberat 12 karat serta cincin Paraiba Tourmaline yang jarang ditemui.
- Foto – HABIB Malaysia
Maklumat lanjut tentang kempen GEMFEST, layari web rasmi HABIB. Selamat membeli-belah!