Minggu lalu terasa kemeriahan Filem Festival Cannes yang berlangsung pada 16 hingga 27 Mei 2023. Festival yang bukan sahaja tentang dunia perfileman bahkan meledak bersama dunia glamor fesyen. Barisan selebriti, supermodel dan golongan elit membanjiri karpet merah dengan pelbagai cetusan busana menarik.
Apa yang menjadi perhatian DIVA kali ini, kebanyakan tetamu yang menjejak kaki di karpet merah Filem Festival Cannes memilih gaun malam kembang. Mungkin potongan princess ini kembali berulang dan mendapat tempat? Malah ramai yang berpendapat fesyen yang tampil di Cannes lebih gah berbanding Oscars.
Teringin idea untuk gaun kembang untuk majlis resepsi perkahwinan atau majlis gala? Ini DIVA tampilkan gaya gaun kembang Filem Festival Cannes paling menawan;
#1 Fan BingBing – Georges Hobeika
#2 Elsa Hosk – Viktor & Rolf
#3 Maya Hawke – Prada
#4 Martha Hunt – Jason Wu
#5 Jennie (Blackpink) Kim – Chanel
#6 Natalie Portman – Dior
#7 Storm Reid – Prada
#8 Gemma Chan – Louis Vuitton
Pada pendapat anda, yang mana paling menyerlah?