Siapa yang disiplin menjaga rutin penjagaan wajah pada waktu pagi, akan merasa perubahan kulit yang lebih sihat dan bebas dari masalah cela. Benar, rutin skincare pagi amat penting dalam memastikan kulit wajah dilindungi dari sebarang risiko pencemaran yang boleh merosakkan kulit. Jadi untuk mendapatkan kulit cantik, memerlukan komitmen dan tanggungjawab sendiri.
Sebenarnya bukan lah sesukar mana pun untuk amalkan rutin kecantikan ini. Apatah lagi, kini terdapat banyak produk yang berkualiti serta selamat. Anda hanya perlu tahu masalah kulit dan ikuti sahaja empat langkah dibawah. Ini adalah rutin skincare waktu pagi yang paling ringkas, dan sesuai untuk yang baru sahaja nak mengenali dunia skincare.

Anda sudah sedia?
#1 Sila guna penyegar!
Selepas mencuci wajah dengan pembersih, ada yang terus skip dari menggunakan penyegar atau toner. Penggunaan toner tidaklah wajib tapi ia boleh membantu merangsang kulit dan membersih pori-pori lebih mendalam. Malah toner juga dapat mengekalkan keanjalan kulit serta menghilangkan saki-baki kotoran pada wajah.
#2 Manfaat serum
Jika anda sudah berusia pertengahan 20-an, DIVA syorkan untuk anda mulai menambah serum dalam rutin kecantikan. Serum sangat bagus untuk merawat secara mendalam dan berkesan terhadap masalah kulit. Jadi anda boleh pilih apa jua bahan kandungan serum yang bersesuaian. Sebagai contoh, serum Vitamin C yang sanagt baik mengurangkan kesan parut jerawat dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.
#3 Pelembab sangat penting
Gerun bila dengar ada yang tidak pernah memakai pelembab! Kulit yang kekal hidrat sebenarnya sangat baik untuk sel kulit. Ia juga mengelakkan dari kulit terlalu berminyak atau kering.

#4 Please, jangan lupa sunscreen!
Nah, ini ramai yang masih lagi anggap sunscreen hanya untuk ketika berada di pantai. Pemakaian sunscreen merupakan pelengkap dalam rutin skincare pagi. Ia bukan sahaja menambah kelembapan kulit, malah merawat kulit dari sebarang risiko halus penuaan.
Senang bukan? Jadi apa alasan anda lagi untuk mengelak dari mulakan rutin skincare pada waktu pagi. Jangan mengeluh atau cemburu lihat wajah orang lain yang glowing dipagi hari, sebab mereka komited dalam menjaga wajah.