Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Nak Shopping Apa Dekat Kate Spade? Mari DIVA Bantu Kamu…

by Indah Aziz
June 5, 2023
Foto - Glamour

Foto - Glamour

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jenama fesyen Kate Spade bukan lagi asing dikalangan peminat fesyen feminin di Malaysia. Beg tangan dan rekaan Kate Spade acap kali ditayang oleh pemain fesyen serta selebriti. Sejak kemunculan pada tahun 1990, Kate Spade antara pilihan fesyen kelas pertengahan yang menawarkan kualiti yang terbaik. Jadi kalau ingin rekaan yang menawan dan harga yang berpadanan, Kate Spade jawapannya.

Kini terdapat 15 buah butik Kate Spade di seluruh Malaysia dari ibu kota Kuala Lumpur, Pulau-Pinang, Johor dan sehingga Sabah! Pun begitu, buat anda yang lebih selesa membeli-belah secara dalam talian, https://malaysia.katespade.com/ menawarkan pengalaman yang sama seperti di butik.

Foto – Capitaland

Jika anda mahu interaksi dan nasihat dari jurugaya Kate Spade secara talian. Anda boleh ikuti Instagram Kate Spade KLCC yang cukup aktif berkongsi koleksi serta idea terkini pengayaan.

Nah, tanpa buang masa lagi..mari DIVA tampilkan koleksi terhangat dan timeless dari Kate Spade untuk anda..

#1 KSNY All Day Large Tote Bag [RM1400]

Wajib ada tote bag ini yang boleh anda bawa apa sahaja, termasuklah komputer riba 13 inci! Terdapat lapan warna pilihan yang boleh disesuaikan dengan personaliti anda.

Foto – Kate Spade Malaysia

#2 KSNY Sam Icon Nylon Small Shoulder Bag [RM1400]

Nak feeling seperti para supermodel 90s? Beg tangan kecil molek ini sesuai untuk acara kasual dan parti. Menariknya ia diilhamkan dari rekaan asal Sam Icon sekitar 90-an dan ia sebuah beg tahan lasak, ringan dan versatil.

Foto – Kate Spade Malaysia

#3 KSNY Morgan Double Up Crossbody [RM1700]

Sudut koleksi beg tangan crossbody boleh tahan banyak pilihannya. Jadi DIVA cadangkan anda untuk dapatlan rekaan Morgan Double Up yang begitu chic dan diberi dua beg untuk dipelbagai gaya. Siapa yang suka wardrobe street style, yup beg ini memang untuk anda!

Foto – Kate Spade Malaysia

#4 KSNY Knott Colorblocked Medium Crossbody Tote [RM1800]

Ini lagi variasi beg crossbody yang DIVA pilih untuk anda. Knott Colorblocked yang bersaiz sederhana ini cukup feminin dan boleh diisi segala macam. Gabungan tiga warna putih, beige dan hitam menjadikan beg ini sesuai untuk jua warna busana anda.

Foto – Kate Spade Malaysia

#5 KSNY Evelyn Quilted Medium Convertible Shoulder Bag [RM2340]

Rekaan beg tangan yang cukup melambangkan kemewahan dan keanggunan! Kate Spade Evelyn yakni koleksi yang membawa sentuhan quilted dan kualiti fabrik kulit tulen. Anda boleh gayakan beg ini cara jinjit pada bahu atau crossbody.

Foto – Kate Spade Malaysia

#6 KSNY High Tide Striped Crochet Raffia Medium Tote [RM2100]

Terakhir sekali ialah pilihan dari koleksi Musim Panas 2023 yang sungguh comel! Ia diinspirasikan dari percutian di pantai. Jadi DIVA cukup suka sekali dengan beg crochet dari bahan raffia yang tahan lasak. Anda boleh pilih dari empat warna dan DIVA yakin ia akan jadi beg percutian yang timeless.

Foto – Kate Spade Malaysia

Betul, semua koleksi Kate Spade boleh buat anda tak tidur malam selagi belum check-out. Jadi tunggu apa lagi terus? Selamat membeli-belah di Kate Spade Malaysia!

FILED UNDER kate spade 2023kate spade klccKate Spade Malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.