Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bongkar Rahsia! Ini Produk Chanel Beauty Jadi Kegemaran Jurusolek Professional

by Indah Aziz
June 4, 2023
Foto - The Beauty Look Book

Foto - The Beauty Look Book

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah anda, koleksi produk solekan dan kecantikan The House of Chanel telah bermula sejak 1924. Minyak wangi dan lipstik antara produk pertama Chanel, dan sejak itu nama rumah fesyen mewah ini kekal sebagai penyedia produk solekan berkelas tinggi.

Bukan sahaja megah dengan logo double-C, formula yang dicipta oleh Chanel sungguh memukau dan kebanyakan produk telah menjadi favorite ramai jurusolek professional. Kalau ditanya tentang kit solekan MUA pasti ada Chanel Beauty tersenarai. Jadi apa produk-produk Chanel Beauty yang membantu solekan para MUA memukau?

#1 Poudre Universelle Libre Natural Finish Loose Powder [RM265]

Antara produk Chanel Beauty best-seller dan tak kira MUA professional atau sekadar peminat mekap pasti punya satu loose powder ini! Ia dikatakan mampu ‘mencairkan’ solekan dan meninggalkan kesan lembut pada kulit. Bedak yang halus dan tidak berdebu ini buat hasil solekan anda 100% lebih cantik.

Foto – Ramfa Beauty

 

#2 Baume Essentiel Multi-Use Glow Stick [RM175]

Nak tambah glow pada tulang pipi tapi tak mahu keterlaluan? Nah, highligther jenis stik ini menaikkan seri semulajadi dan mudah digunakan. Kebanyakan jurusolek selebriti Hollywood wajib ada highligther stick ini.

Foto – Pauuulette

 

#3 N°1 De Chanel Lip and Cheek Balm [RM190]

Dari barisan koleksi N°1, kini tersedia balm yang boleh digunakan sebagai alas bibir dan pemerah pipi samar-samar. Ia gaya terkini untuk mekap tampak lebih semulajadi dan ringan. Para MUA gemar gunakan N°1 De Chanel Lip and Cheek Balm bagi menyerlahkan pigmen lipstik dan blusher. Bahkan formula balm diperkaya dengan formula efektif bunga camellia Chanel Beauty untuk menyihatkan kulit.

Foto – E-Beauty Chanel

#4 Rouge Allure Velvet Luminous Matte Lip Colour [RM170]

Lipstik klasik dan matte dari Beauty Chanel yang sememangnya aset terbaik untuk jurusolek professional. Ia lembut dan sangat selesa pada bibir untuk dipakai berjam lamanya.

Foto – Chanel

#5 Stylo Yeux Waterproof Long-Lasting Eyeliner [RM115]

Penggaris mata terbaik untuk anda yang cepat berpeluh atau mudah berair. Katanya jurusolek pengantin pasti menggunakan eyeliner ini.

Foto – Chanel

Tak puas dengan produk diatas sahaja, anda boleh layari https://my-eshop.chanel.com/. Selamat membeli-belah!

FILED UNDER best buy chanel beautychanel beauty malaysiachanel beauty terbaik
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.