Bila sentuh bab kecantikan, DIVA memang tak nafikan yang keluarga diraja Britain memiliki akses yang terbaik. Mana taknya, segala trend dan rawatan terbaru, pasti mereka dulu yang pertama mencubanya.
Berkat bantuan jurulatih kesihatan dan perunding kecantikan terbaik yang khas untuk mereka, setiap ahli keluarga diraja Britain ini memiliki beberapa rahsia kecantikan yang mereka rajin amalkan. Salah satunya…
Rawatan Cahaya LED
- Foto – Pinterest
Untuk rawatan cahaya LED, Meghan Markle merupakan peminat rawatan ini kerana jelasnya ia beri manfaat terbaik pada kulit secara keseluruhannya. Rawatan ini menggabungkan pelbagai jenis cahaya LED yang berfokuskan pada cela, keradangan dan tanda penuaan.
Rawatan Racun Lebah
Menurut Deborah Mitchell, iaitu pakar kecantikan Inggeris mendedahkan yang racun lebah segar memiliki sengatan lebah yang dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan peredaran darah. Tujuannya adalah untuk galakkan efek anti penuaan kulit. Ahli kerabat diraja Britain yang gemar amalkan rawatan ini adalah Raja Charles III, Permaisuri Camilla dan Kate Middleton.
Krim Matahari Lancaster
- Foto – Pinterest
Sebelum Kate Middleton mula gunakannya, krim matahari Lancester ini telah menjadi produk kegemaran dan pilihan utama Puteri Grace Kelly. Katanya krim matahari ini sangat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari dan buatkan wajah nampak lebih awet muda.
Minyak Sapu John Bell & Croyden
Info: John Bell & Croyden telah diberikan waran diraja pada tahun 1909 oleh Raja Gorge V; yang kemudiannya dilantik sebagai ahli farmasi Ratu Elizabeth selama 60 tahun (1958-2022)
- Foto – Pinterest
John Bell & Croyden telah menghasilkan minyak sapu yang digunakan semasa pertabalan Raja George V dan Ratu Elizabeth. Minyak sapu tersebut terdiri daripada campuran buah oren, mawar, kayu manis, kasturi dan ambar.
Berdasarkan rawatan yang mereka gunakan, kamu berminat nak mencuba yang mana?