“Alamak, terjatuh cinta pula pada suami dan kekasih orang… Macam mana nak buat?!”
Tak ada seorang pun yang tak mahu jatuh cinta. Jatuh cinta ini adalah satu perasaan yang boleh membuatkan sesiapa pun berasa gembira dan juga sakit dalam satu masa.
Lebih-lebih lagi bila terjatuh cinta terhadap seseorang yang telah dimiliki. Tak kiralah suami orang atau pun kekasih orang, sebaik-baiknya kalau kamu ada simpan perasaan tersebut, lebih baik dilupakan dan move on.
Bercakap soal move on, memang tak mudah nak lakukannya. Tetapi kalau kamu sudah bertekad dan mahu maju ke hadapan, DIVA ada caranya iaitu…
1. Luahkan pada orang yang kamu paling percaya
DIVA faham bila kamu tersuka atau terjatuh cinta pada pasangan orang lain, memang takut dan keliru jadinya. Untuk tenangkan kamu dan buatkan kamu berpijak di dunia yang nyata, cuba kongsikan atau luahkan pada orang yang paling kamu percaya.
- Foto – Pinterest
Melalui cara ini mungkin kamu dapat melihat tindakan kamu dari perspektif orang lain dan buatkan kamu berfikir secara waras.
2. Jangan mengharap
Mencintai tak semestinya harus dimiliki. Sekiranya kamu menyimpan perasaan terhadap pasangan orang lain, cepat-cepat ‘padam’ perasaan tersebut. Berpijak di dunia yang nyata bahawa milik orang tidak akan boleh menjadi milik kamu.
3. Hargai diri sendiri dengan lebih baik
- Foto – Pinterest
Daripada mengharap dan menunggu cinta kamu di balas, apa kata kamu ambil peluang tersebut untuk hargai serta sayang diri kamu dengan sebaiknya. Kamu perlu ingat jika cinta kamu dibalas sekalipun, setiap usaha kamu akan menjadi sia-sia dan tak bermakna. Jadi hargai diri sendiri dengan lebih baik bermula daripada sekarang!
4. Buka hati untuk terima orang lain
- Foto – Pinterest
Apabila kamu sudah mula move on, jangan pula tutup hati kamu ye. Cuba bersikap lebih terbuka dan terima kehadiran orang lain yang lebih baik dan paling penting statusnya adalah bujang serta tidak dimiliki sesiapa.
Semoga bermanfaat!