Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

MURAD Lancarkan Retinal ReSculpt ™ Overnight Treatment , Dalam Tempoh Dua Minggu Kulit Lebih Anjal

by Zainab Hadid
May 29, 2023
16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Murad sebagai jenama yang dipercayai untuk merawat masalah kulit dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal baru sahaja memperkenalkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment.

Produk berkuasa yang mengangkat dan memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol, salah satu bentuk Vitamin A yang paling mujarab.

DIVA MY berpeluang menghadiri pelancaran ini dan yakin produk ini membantu memulih dan meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit yang semakin berkedut serta ‘menipis’ bagaikan kertas krep.

Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon turut hadir memberikan penerangan;

“Teknologi yang digunakan dalam produk ini diadaptasi dan disesuaikan daripada aplikasi farmaseutikal, yang membolehkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment memberikan kestabilan yang dipertingkatkan dan penghantaran yang disasarkan jauh ke dalam permukaan kulit. Bahkan, keberkesanan adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol bebas, namun ia masih bertindak lembut pada kulit,” ulas Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon.

Tidak cukup dengan itu, produk rawatan kulit ini juga ditambah dengan ramuan ‘next-generation’ iaitu ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, kedutan halus dan menyokong daya tahan, dengan ekstrak oat dan alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.

Kesan yang boleh dilihat adalah dramatik. Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut dan tidak sekata akan tampil lebih anjal, lembut dan halus.

Transformasi kulit ini akan bertambah baik jika produk digunakan dalam tempoh yang lama, iaitu kira-kira empat minggu.

Formulanya yang berkhasiat, yang baik untuk kulit seimbang, berminyak, kering atau kombinasi akan membuatkan kulit anda berasa lebih anjal, lembut dan lembap.

“Terkenal dengan Retinol Youth Renewal Serum yang klasik yang memberikan penambahbaikan yang nyata pada tanda-tanda penuaan ringan hingga sederhana, produk Murad yang terbaharu Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan memberikan hasil yang dipertingkatkan dan faedah pemulihan untuk tanda-tanda penuaan yang lebih serius, sambil menyihatkan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit,” ujar Pengarah Murad Malaysia, Jason Choy.

Tersedia mulai 1 Jun

Murad’s Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan tersedia di pasaran bermula 1 Jun 2023 di semua cawangan Murad, serta di www.murad.com.my. Setiap satu dijual pada harga RM598. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari laman www.murad.com.my

Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.