Another day, another fashion icon!
Kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh Dua Lipa bersama Versace, kali ini penyanyi pop terkemuka itu berkolaborasi bersama Donatella Versace dalam menghasilkan satu koleksi untuk Versace Pre-Fall 2023.
Ia satu idea yang mengetengahkan konsep ‘malam glamour di New York’. Dua Lipa dan Donatella bekerja keras dalam membikin satu lagi kisah Versace. Sungguh ia hasil yang mencapai impian mereka berdua, koleksi ini menjadi dambaan dan pujaan ramai.
Koleksi yang turut diberi nama “La Vacanza” mengabungkan dua motif iaitu logo ikonik Medusa dan stail silhoute Dua Lipa. Ia membangkitkan citrasa mewah, chic dan segar. Amar sesuailah dengan mood percutian yang ingin dipertengahkan oleh setiap helaian.
Mari lihat rekaan Versace “La Vacanza” Pre-Fall 2023 yang telah buat DIVA begitu obses;
- Teruja betul bila nampak helaian yang full black! Potongan dress dan high-coat yang menyerlah bentuk badan yang cukup seksi.

- Pastel merah jambu memang tidak akan tertinggal dalam nama Versace. Paling menarik perhatian DIVA ialah metalic dress yang begitu menjerit nama fashionista.

- Serius memang cute dengan monogram Vesarce pada helaian kasual. Dapat bayangkan sedondon dengan pasangan atau besties ketika bercuti!

- Inilah yang dikatakan malam glamour di New York. Spaghetti dress dengan corak bunga kilatan dan one shoulder dress biru yang penuh bersama kilauan. Kamu paling suka yang mana?

- Polka dot kembali! DIVA sungguh terkejut dengan keberanian Versace untuk bermain dengan polka dot. Walaupun ia sering dikaitkan dengan konsep retro, tapi disini Versace buktikan polka dot jadi luar biasa dengan potongan baju moden.

Agaknya yang mana teringin untuk anda embody sebagai Dua Lipa?!