Sekitar empat atau lima tahun lalu, body oil hangat diperkatakan sebagai lembaran baru untuk mendapatkan kulit yang lembap dan berseri. Namun akhir-akhir ini sudah tidak ramai lagi membicarakan tentang manfaat atau kebaikan body oil. Bahkan kalau DIVA lihat dari kepelbagaian produk juga sudah berkurang.
Mungkin ramai yang tidak tahu atau salah faham dengan penggunaan pelembab dari jenis minyak. Ia hanya sering dikaitkan untuk mereka yang berkulit normal atau kering sahaja. Malah ada juga yang hingga kini masih keliru cara yang tepat menggunakan body oil.
Hari ini mari kita sama-sama ulang faham semula tentang body oil yang semakin ramai melupakan…
Manfaat body oil
Ia cecair yang mudah untuk kulit menyerap terutamanya lapisan paling atas iaitu dermis atau sel kulit. Secara semulajadi minyak mengandungi lemak asid dan ceramide yang bertindak melindungi dari rosak akibat kekurangan hidrasi.
Malah kandungan body oil dengan pelbagai bahan yang bermanfaat, membolehkan ia menjadi nutrisi tambahan kepada kulit. Sebagai contoh, ekstrak buah-buahan, vitamin dan antioksida yang berfungsi membaiki masalah kulit.
Sapu selepas mandi

Ramai yang berpendapat, body oil hanya perlu digunakan pada cuaca sejuk atau kulit kering sahaja. Sebenarnya body oil sesuai untuk semua jenis masalah kulit serta cuaca. Apa yang paling penting ialah, anda kena bijak memilih jenis kandungan minyak, cara dan waktu penggunaan.
Cara yang paling terbaik menyapu body oil ialah selepas mandi atau semasa kulit masih basah. Ini adalah cara yang pantas kulit menyerap kebaikan minyak tersebut.
Alasannya, air membantu pori-pori kulit terbuka dan sekaligus membenarkan penyerapan minyak lebih efektif. Menariknya lagi, kandungan hidrasi lebih terjamin kerana minyak akan mengunci lembapan tersebut.
Body oil terbaik pilihan DIVA
- L’Occitane Almond Supple Skin Oil 100ml [RM266]

- The Body Shop Wild Argan Oil Nourishing Dry Body Oil 125ml [RM109]

- Burt’s Bees Mama Bee Nourishing Body Oil 118.2ml [RM77]

Mari sama-sama kita cantikkan dan kembalikan kesihatan kulit badan secara menyeluruh. Selamat mencuba!