Penciptaan untuk mendapat suasana yang aman dan nyaman pada bilik tidur bukanlah sukar jika kita tahu cara ubahsuai yang tepat. Warna bilik, pencahayaan, pilihan fabrik cadar dan susun atur perabut antara perkara asas. Jika menjadi desain anda, bukan sahaja tenang, daya tumpuan dan kesihatan anda boleh meningkat dari hasil bilik tidur yang positif.
Kaedah yang boleh anda ikut ialah dari olahan Feng Shui. Yakni kaedah purba dari negara China yang amat mementingkan dekorasi dalaman rumah. Ia dipercayai dapat memberi kesan baik pada kesihatan serta perhubungan.
Jadi, buat anda yang ingin tingkatkan kualiti tidur dan membangkitkan tenaga positif dalam bilik tidur. Ini antara tips Feng Shui bilik tidur yang perlu anda ikut…
#1 Letakkan katil jauh dari pintu
Ini supaya anda lebih selesa, rasa selamat dan tenang. Jangan letakkan katil disebelah pintu atau ditolak ke dinding. Sebaiknya dua sisi katil punya keseimbangan.

#2 Jangan simpan barang bawah katil
Pasti ramai yang menjadikan bawah katil sebagai stor simpanan. Menurut dari fahaman Feng Shui, cara ini akan menganggu aliran tenaga yang meliputi atas dan bawah katil. Kesannya anda mungkin merasa tidak puas tidur.
#3 Pencahayaan lampu yang lembut
Tak perlu pun lampu LED terang-benderang. Cukup sekadar lampu meja atau lampu lantai dengan cahaya mentol rendah. Ia sebenarnya untuk membangkitkan mood tidur.

#4 Bilik harus sentiasa kemas
Maksudnya disini bukan setakat kemas katil, bersih dari habuk dan sebagainya. Suasana bilik turut harus hapus dari kertas-kertas kerja, buku bacaan atau apa sahaja yang boleh ‘menyukarkan’ tidur anda. Jangan bebankan bilik tidur dengan perkara yang tidak perlukan.

#5 Pilih warna yang kena dengan jiwa
Antara dilema yang kerap terjadi saat untuk pilih warna cat. Ikut sahaja tips Feng Shui iaitu pilih warna dinding bilik dari warna yang lembut seperti neutral atau warna-warna pucat. Manakala untuk menaikkan ghairah atau tenaga. Anda boleh gunakan warna-warna kegemaran atau warna terang.
Bagaimana senang bukan nak ikut? Bagi DIVA secara menyeluruhnya, kaedah Feng Shui mengajar untuk kita mengekalkan kebersihan dan rasa nyaman pada bilik tidur.
Selamat mencuba!