Lama tidak dengar pelancaran koleksi baharu Hermes, terutamanya koleksi aksesori yang selalu jadi rebutan peminat fesyen elit ini. DIVA dapat perkhabaran Hermes kini mengeluarkan sesuatu yang mengujakan untuk pengguna gadjet Apple.
Sarung kulit untuk AirPods Pro dan disertakan bersama tali lanyard sedondon. Pun begitu koleksi ini hanya untuk AirPods Pro dari second generation sahaja.
Ia mempunyai dua pilihan warna untuk sarung AirPods Pro iaitu Gold dan Bleu Navy. Malah beberapa tona warna seperti: Vert Criquet/Vert Bambou, Mauve Sylvestre/Rose Azalee dan Blue Lin/Etain. Tali lanyard juga dari kulit berkualiti yang boleh laras. Jadi anda boleh gayakan Aipods Pro anda dengan gantung pada leher, cara crossbody atau kepilkan pada beg tangan.
Apa yang paling DIVA suka tentang case ini, ia masih mengekalkan identiti Hermes. Iaitu tampalan kemas logo Clou de Selle pada belakang case dan anda masih boleh mengecas AirPods secara wireless.
IKLAN
Buat info anda, harga case dan tali lanyard dijual secara berasingan. Sarung bermula dari harga $930 dan tali pula sekitar $335. Sesuai dengan harga yang ditawarkan kerana aksesori ini menggunakan Hermes ‘Swift’ calfskin. Iaitu kualiti kulit yang sangat lembut, kesan bintik yang lebih halus dan semakin cantik seiring masa.
Pun begitu, anda kena waspada kerana sarung AirPods Pro ini tidak kalis air! Namun AirPods Pro sudah terjamin anti-habuk dan kalis air dengan sokongan IPX4.
Rasa nak add to cart, layari https://www.hermes.com/
Selamat membeli-belah!