Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Gaya ‘Street Style’ Kaia Gerber, Serius Simple & Nampak Muda!

by Indah Aziz
May 21, 2023
Foto - Daily Scanner

Foto - Daily Scanner

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

DIVA dah jumpa seorang ikon baru untuk anda kelihatan fresh and young ketika berfesyen! Ya, gaya yang tidak ditelan zaman dan masa sudah tentu street style. Namun kali ini DIVA memilih model muda iaitu Kaia Gerber sebagai panduan tatacara yang terbaik mengikut masa kini.

Kaia sering menjadi sasaran paparazzi fesyen kerana si tinggi lampai tampil bersahaja dan tanpa sedar menjadikan kaki lima seperti runaway. Tidak perlu sarat dengan lapisan baju atau aksesori, Kaia tetap nampak yakin dan siap.

Kalau kamu masih buntu untuk mencipta satu look segar, jalanan dan muda. DIVA sediakan contoh menurut Kaia Gerber dibawah;

  • Kasut flats

Ya, memang Kaia seorang model jadi dia terlihat elok dengan kasut flat atau sneakers. Pun begitu anda kena faham untuk mencipta satu look jalanan yang selesa dan bersahaja, kasut tanpa tumit antara yang paling berkesan.

Foto – Pinterest
  • Kaca mata hitam 

Jangan keluar rumah tanpa sepasang kaca mata hitam. Menarik betul kalau lihat cara Kaia, dia setia dengan satu desain kaca mata. Pilih bentuk kaca mata yang mampu menyerlahkan serta serasi bentuk wajah anda.

IKLAN

Foto – Vogue
  • Jaket

Panas atau sejuk, bila-bila sahaja jaket boleh mengolah mood look anda. Namun anda kena kreatiflah, bagi cuaca sejuk anda boleh guna kardigan, varsity jacket atau kot labuh. Manakala untuk cuaca panas jadikan kemeja flannel atau jaket denim sebagai outerwear.

Foto – Who What Wear
  • Beg tangan hitam 

Wajib ada sekurang-kurangnya satu beg tangan berwarna hitam. Ia paling mudah untuk disuai padan untuk semua warna dan stail anda pada hari itu. Lihat Kaia sendiri memang tidak lekang dari beg tangan hitam.

Foto – Harper’s Bazaar

Mudah sahaja kan? Apa yang menarik hati DIVA anda tidak perlu bersusah-payah mendapatkan pakaian dari label mewah. Paling penting cari padanan warna dan potongan pakaian yang kemas.

Selamat mencuba!

Tags: fesyen jalanan 2023fesyen kaia gerberfesyen nampak muda
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Gaya ‘Street Style’ Kaia Gerber, Serius Simple & Nampak Muda!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.