Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Jom Muhasabah Diri Dengan Pilihan Buku Islamik Terbaik Untuk Wanita Muslimah

by Indah Aziz
May 21, 2023
Foto - VistaCreate

Foto - VistaCreate

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Buku adalah satu lembaran yang banyak memberi ilham, pedoman dan serta pujukan bagi hati yang sedang runsing. Buku juga antara alat yang boleh mententeramkan jiwa dan menghapus masa yang sia-sia. Sedang dunia tengah asyik skrin tiga warna yang sentiasa didalam poket, buku masih teguh menyingkap pelbagai rasa.

Nah, buat pembaca muslimah, kali ini DIVA ingin berkongsi buku-buku yang akan membangkitkan rasa cinta pada agama dan diri kita sendiri. Mari lihat…

#1 Perempuan Limited Edition [RM35]

Pengarang: Izzati Elya, Rizki Ayu Amiliah dan Ummu Kalsum

Foto – Bookcafe

Pelbagai catatan dan kisah-kisah inspirasi untuk para wanita yang ingin mencari kehidupan yang diredhai Allah SWT. Buku terbitan Puteh Press antara buku yang pernah tular dikalangan komuniti Bookstagram.

#2 Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran [RM35] 

Pengarang: Syaari Ab Rahman dan Nurul Shuhadah Shuib

Foto – Kedai Dr. Maszlee

Sebuah buku yang mengambil kisah-kisah dari kitab suci Al-Quran dan dijadikan inspirasi buat wanita muslimah masa kini. Ia tidak ditelan zaman, sentiasa memberi pengajaran dan panduan untuk menjadi yang berbudi.

#3 Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan [RM25]

Pengarang: Professor Dr. Hamka

Foto – ILHAM Books

Sebuah buku pemerkasaan wanita yang diambil dari sudut pandang Buya Hamka. Pengarang menyerlahkan kelebihan dan kemuliaan wanita serta hak-hak yang sentiasa dikaburi. Buku ini mendapat rating terbaik di Goodreads iaitu 4.5 bintang!

#4 Islam Kata Isteri Bukan Bibik [RM20]

Pengarang: Ahmad Sarwat

IKLAN

Foto – Galeri Ustazah Asma’ Harun

Buku yang mengupas semula peranan sebenar dalam menjalankan tugasan rumah tangga. Para isteri dan suri rumah wajib membaca buku ini untuk mengetahui tuntutan fitrah yang digalas oleh mereka. Menariknya ia menjawab segala persoalan dengan pendekatan al-Quran dan as-Sunnah.

#5 Buat Muslimah Yang Jatuh Cinta [RM25]

Pengarang: Zahirah Zamree

Foto – Shopee Malaysia

Mesej dari pengarang yang memberi kesedaran dan memperbaiki diri tentang memahami kuasa cinta. Ia juga mengenai lahiriah tentang seorang wanita muslimah dari dalam dan luar bukan semata-mata cinta pada diri serta pasangan.

#6 Kod Kepimpinan Perempuan [RM24]

Pengarang: Suhaili Ikhsan, Nurhidayah Jaafar dan Azzah AR

Foto – Bookcafe

Buku yang padat dengan kajian yang meletakkan peranan wanita sebagai pemimpin. Kuasa wanita yang biasa dipandang enteng kini dibuka dengan kesan pada masyarakat serta komuniti segajat. Dengar cerita, buku ini umpa menguatkan semula superpower yang sudah dimiliki kita semua.

#7 1000 Tip Menjadi Muslimah Bahagia [RM35]

Pengarang: Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

Foto – Lazada

Buku yang berteraskan tip dari hadith yang mewakili kategori seperti keluarga, kesihatan, hiburan dan banyak lagi. Ia untuk membantu para muslimah mempratikkan pengajaran dari hadith Rasulullah secara telus dan mudah.

Sebenarnya,kita harus berterima kasih kepada pengarang dan penerbit yang setia mencurahkan segala rasa dalam buku-buku mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat pada para muslimah dan selamat membaca!

Tags: buku islamik 2023buku muslimah 2023buku muslimah malaysia
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Jom Muhasabah Diri Dengan Pilihan Buku Islamik Terbaik Untuk Wanita Muslimah

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.