Cuaca panas antara alasan yang selalu digunakan apabila solekan kelihatan bercapuk dan tidak sekata. Kadang kulit yang mulus dan cantik pun boleh berubah 180 darjah, gara-gara solekan jadi pecah-pecah.
Persoalannya adakah faktor cuaca sahaja menyebabkan solekan bercapuk dan akhirnya melunturkan keyakinan anda? Sebenarnya ada tiga sebab lain juga untuk anda waspada supaya solekan tidak rosak.
Mari DIVA jelaskan serba-sedikit dan paling penting anda semak, ada tak yang anda pernah buat?
#1 Cara pemakaian skincare salah!
Sebelum untuk mula solekan, terutamanya bagi yang begginer. Kenali dahulu masalah dan jenis kulit anda supaya kulit, produk penjagaan kulit dan solekan boleh mesra sekali. Selain itu, anda juga harus memberi waktu untuk setiap lapisan produk menyerap baik pada kulit. Akhir sekali ingat, jangan terlalu banyak memakai produk. Sebaiknya awasi kuantiti setiap produk.

#2 Banyak guna produk silikon
Sila double-check kandungan produk penjagaan kulit dan solekan anda. Kesan produk yang mengandungi silikon boleh menyebabkan kulit merasa terbeban. Ini kerana silikon akan membentuk satu lapisan ‘palsu’ atas kulit. Ia menyebabkan produk mekap seperi foundation atau pemerah pipi tidak dapat bergaul baik. Kalau kamu suka dengan primer jenis silikon, awas jangan guna terlalu banyak. Cukup sekadar meliputi kawasan pori-pori yang bermasalah.

#3 Lapisan produk berasaskan air dan silikon
Nah, kesalan ketiga ini akibat kamu mencampurkan produk water-based dan silikon. Sebagai contoh, kamu menggunakan primer silikon dan foundation jenis water-based. Hasilnya mekap kamu tidak blend dengan baik dan selepas beberapa jam akan kelihatan merekah. Oh no!

Sudah faham dan jelas? Lepas ini jangan buat lagi tau!