Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tak Panas & Cantik! 5 Tudung Sarung Paling Best Untuk Suri Rumah

by Indah Aziz
May 20, 2023
Foto - Milala HQ

Foto - Milala HQ

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tudung sarung antara fesyen hijab yang tidak pernah luntur dalam diri hijabis. Ia ringkas, selesa dan mudah digayakan. Apatah lagi sekadar untuk berada di rumah, mengambil bungkusan dari abang posmen atau ke pasar. 

Jadi buat anda peminat tudung sarung dan ingin menambah koleksi tudung sarung yang selesa. DIVA ada berita baik untuk anda! 

DIVA tampilkan lima jenama tudung sarung terbaik 2023. Memang terjamin selesa dan tidak panas. 

#1 Wardah Sarong – Milala [RM39]

Kalau anda sentiasa ada masalah anak rambut terkeluar, boleh cuba Wardah Sarong dari Milala. Bahagian awaning yang melekap baik pada dahi, cukup selesa dan dapat memenjarakan anak rambut anda yang degil. Material mosscrepe yang tidak jarang dan tidak akan berbulu biarpun dibasuh dengan mesin. Terdapat dua saiz tudung yang boleh disesuaiakan dengan ketinggian anda.

Foto – Milala HQ

#2 Juwita Instant – Proper Hijab [RM59]

Biarpun sekadar tudung sarung, namun Proper Hijab mampu membuat kamu terlihat seperti seorang puteri dalam koleksi Juwita ini. Apa yang DIVA suka, bahagian dahi tudung anda boleh dilipat dan gayakan mengikut citarasa anda. Mempunyai pelitup dagu, labuh yang sehingga bahagian dada dan warna-warna pastel yang lembut.

IKLAN

Foto – Proper Hijab 

#3 Express Scarf Durra Tieback – Heejab [RM29]

Tudung sarung yang boleh anda gayakan dalam dua cara. Gaya lilitan untuk terlihat kemas atau sporty. Fabrik mosscrepe pada tudung Durra ini mampu menyerap peluh, tidak jarang dan mudah dibentuk. Kalau buat sebagai tudung senaman pun best juga.

Foto – Heejab.my

#4 EasyOn Sophia Instant Maxi – naelofar [RM65]

Ini antara koleksi tudung sarung paling popular oleh naelofar. Kini ia didatangi khas untuk saiz yang lebih besar untuk menutup aurat anda sebaiknya. Materia cotton lycar yang mudah dicuci menggunakan tangan atau mesin basuh. Apa yang best, ia mempunyai pilihan warna dari rona lembut hingga garang!

Foto – Naelofar

#5 Tudung Sarung Maryam – Marshmallowscarf [RM67]

Material denim lycra yang sangat lembut dan terletak cantik pada bahu. Ia tidak jarang, namun tidak juga panas dan ia boleh meregang dengan baik. Menariknya jatihan berganda pada awning tudung supaya sentiasa terletak pada bentuk wajah si pemakai.

Foto – Marsmallow Scarf

Harap anda semua suka dan selamat membeli belah! 

Tags: tudung sarung sejuktudung sarung shopeetudung sarung suri rumah
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Tak Panas & Cantik! 5 Tudung Sarung Paling Best Untuk Suri Rumah

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.