Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Wajib Cuba! 5 Aktiviti Raikan Rasa Self-Love Untuk Diri Kamu

by Indah Aziz
May 13, 2023
Foto - Soutch China Post

Foto - Soutch China Post

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sayangi dirimu bak kata Fazura, mulai dengan mencintai diri sendiri akan membangkitkan semula rasa hormat dan pandangan tinggi pada nilai hidup kita semua. Ramai yang lupa untuk memberi ruang untuk mengenang pengorbanan dan jasa pada diri sendiri. Kita tidak perlukan pujian dari orang luar tapi pujian yang lebih besar adalah yang lahir dari hati sendiri.

Jadi bagaimana untuk membangkitkan dan meraikan rasa self-love tiap pada diri kita? Ia tidak memerlukan orang lain, kerana dasarnya ada pada hati kamu. Ambil masa untuk berada seorang diri dan merenung jauh.

Mari DIVA bantu anda untuk menjalankan aktiviti yang sebenarnya meraikan cinta diri.

#1 Makan di kafe kegemaran seorang diri

Malu, takut dan janggal makan seorang diri? Ini maknanya kamu masih tak yakin dengan diri sendiri. Tahukah anda, mereka yang boleh makan sendiri di restoran adalah individu yang kuat pandangan diri. Jadi cubalah nikmatinya!

Foto – POPSUGAR

#2 Bersiar-siar di taman atau pantai

Bila jalan sendirian, kita akan mula monolog dengan kata-kata positif dengan pemandangan sekeliling yang cantik. Pada ketika ini juga fikiran kita mulai lapang, kosong dan tenang tanpa memikir perkara yang menyesakkan.

IKLAN

#3 Melawat muzium atau lokasi bersejarah

Aktiviti kegemaran DIVA untuk cetuskan self-love, tapi kenapa? Curahkan dada kamu dengan pengetahuan yang baru. Itu tanda kamu mahu yang terbaik pada diri sendiri. Okaylah, kalau tak suka muzium, mungkin boleh tukar perpustakaan, atau mana-mana sahaja lokasi ada aktiviti berpengetahuan.

Foto – Pxuel

#4 Bermalasan cara kamu!

Tak salah pun kalau kamu mahu rasa bermalas, berguling atas katil atau apa sahaja. You do you! Janji lepas rasa malas, kamu kembali segar dan produktif.

#5 Lakukan hobi yang kamu suka

Tunggu bila lagi kamu lakukan perkara yang kamu gemari? Bila kita melakukan aktviti yang kita suka ia bermaksud kita menghargai diri kita.

Foto – Freepik

Jangan tunggu orang hargai dan cintai diri kita. Kamu boleh lakukan sendiri. Selamat mencuba!

Tags: apa itu self lovecara cintai diritips self-love
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Wajib Cuba! 5 Aktiviti Raikan Rasa Self-Love Untuk Diri Kamu

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.